Thursday 22 June 2017

Reclaim your Heart

Sekali lagi dia mencuba meletakkan dahinya ke atas sejadah. Telah dua bulan dia tidak merasakan suatu apa pun dalam sujudnya. Tidak seperti dahulu. Mengangkat takbir sahaja mampu merembeskan air mata. 

Ya dia telah kehilangan diri. Dia mencuba juga membuka ayat ayat cinta Allah. Dia jadi penat melihat orang lain , ada saja ayat yang terkesan setiap hari. Lagi perit bila mereka berbicara ayat tentang neraka juga boleh terlihat ianya dari kasih sayang Allah. Tapi... tidak sekali untuk dia. Dia telah kehilangan abiliti itu. Seolah "receptor" untuk perasaan itu sudah tiada. Dia memejam mata dan menarik nafas dalam. Satu persatu memori saat pertama disentuh kasih sayang Allah segar dalam ingatan. Masakan dia boleh lupa, Allah yang telah menariknya kembali setelah tersasar dari jalan yang benar.


 ........................................................................................................................


 "Yam, jom bangun solat, .." . 

Dia mengangkat gebar, dan menjeling ke arah Syu.

 "Ko tak tahu ke sekarang baru 6.30? Kau nak baik baik sorang lah! Ada setengah jam lagi kot boleh subuh!" Dia menarik kembali gebar dan menyambung mimpi sehinggalah akhirnya matahari terpacak baru dia kalut untuk menunaikan solat. 


 Tapi itu dulu, setelah Allah mengetuk pintu hatinya, tidak pernah sekali dia meninggalkan solat tahajud. Bila ditanya, dia sekadar tersenyum. Tapi ya, dia tahu, jawapannya dia telah temui ketenangan yang selama ini dia cari.Takkan pernah sekali matanya kering dari air mata. Dia yakin, pada 2/3 malam Allah akan benar-benar turun dan mendengar rintihan ampunan. Sungguh dia sangat yakin dnegan janji Allah dalam surah Annisa ayat 123-124. Allah pasti akan menggantikan kejahatan itu dengan kebaikan.

 ..........................................................................................................................

 Dia membuka mata kembali, menyedari realiti, imaginasi itu berada pada dimensi waktu yang berbeza. Dan pastinya ia telah jauh meninggalkan dia. Sebenarnya, dia tahu, punca dia kehilangan manisnya iman dan cinta pada Allah itu. Tapi sehabis baik dia cuba menafikan. Dia bermain main dengan ego yang dia miliki. Dia inginkan Allah, tapi pada masa yang sama dia menginginkan dunia. 


Ya, Allah tidak menghalang fitrah manusia, tapi manusia sendiri tahu sejauh mana kecintaan mereka terhadap dunia mengatasi cinta pada Allah. Dia cinta pada manusia. Itulah mujahadah yang paling sukar untuk dia lepaskan. Sejak dahulu. Being a person who feel everything so very deeply was not her choice. Tapi itulah titik paling lemah yang diuji Allah. Dia teringat akan satu perumpamaan, gelas yang kotor, jika kita menuang air ke dalam gelas tersebut, air itu akan menjadi rosak. Jika kita mencintai Allah tanpa meletakkan kecintaan itu di tangan, pasti kita tidak akan merasai manisnya iman. 


Bohong kalau dia kata dia bahagia dengan dunia. Itu hanya perkiraan seorang manusia. Sedang kan manusia sendiri tidak mampu untuk mengawal degup jantung sendiri, pasti dia juga selemah lemah makhluk yang memerlukan petunjuk apa yang dia perlu dari dunia. dan sudah pati jawapannya adalah meletakkan Allah sebagai Ilah yang paling tinggi, baru dia akan ketemu apa yang dicari. Dan dia akhirnya melepaskan dnegan yakin kebahagiaan itu pasti akan datang kemudian. 


 Berjuanglah dengan apa cara sekalipun untuk menentang segalanya yang menghalang kita mencintai dan dicintai Allah. 


 "Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja keras, maka kamu akan menemuiNya" 84:6 Setiap yang hilang pasti akan berganti. Dan yang paling menggembirakan, ia akan berganti dengan sesuatu yang lebih baik. Dan pastinya di akhirat kelak. 

Dan dedikasi untuk yang melukai dan dilukai, bersyukurlah, Allah masih menginginkan kita disucikan hingga akhirnya benar dia sahaja yang tinggal.

Friday 6 January 2017

I'm devoting myself for Him

Dah lama aku merasai perasaan yang berulang. Dikecewakan lagi dan lagi sampai tiada lagi sisa remukan berbaki untuk terus diremuk.Setiap tahun untuk hari lahir pasti ada sahaja kecintaan dunia serba sedikit Allah menunjukkan hint-hint supaya dilepaskan. To hold on will never be a choice anymore. It is just a waste of time to hold on something that is brittle, even it is mentioned in a verse from Quran; "Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang ; padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah..." [29:41] It's time to focus back and thus I devoted myself for Him. Happy 23 days alive Melinda.

Monday 4 July 2016

Ramadan Jangan Pergi

Masih teringat dua tahun yang lalu.

Saat pengumuman itu menyapa telinga Mayam seolah satu khabar gembira yang sangat terasing sepanjang hidupnya.

"Duli-duli yang maha mulia,..."

Begitulah lebih kurang kedengarannya. ;)

Hati sudah menari girang. Bagi Mayam, itu adalah Ramadan yang pertama sejak 19 tahun beliau menghirup udara di bumi Allah. Kehadiran bulan yang mulia itu disambut dengan linangan air mata kegembiraan. Sapaannya lebih bererti kerana ia hadir dengan satu keyakinan, iatu menjadi satu bonus untuk lebih meningkatkan Taqwa.

.

"Salah satu waktu yang afdhal untuk berdoa adalah detik hampir berbuka puasa.."

Entah kuasa apa yang merasuk Maya,  jika dahulu mungkin dia ternanti nanti waktu berbuka puasa kerana tidak sabar-sabar menjamah juadah yang enak. Tapi tidak saat itu, 10 minit sebelum berbuka dia sudah bergerak ke surau untuk menghadap Rabb yang maha penyayang.

Tidak tergambar perasaan saat itu. Hampir tiap kali menadah tangan, air hangat mengalir ke pipi Maya. Setiap aliran hangat itu seolah olah meleraikan butir-butir dosa silam. Kelaparan yang dirasakan sepanjang hari hilang ditelan kekhusyukan menghadap Tuhan.

Azan berkumandang.

Hanya sebiji kurma dan sehirup air kosong sudah cukup bagi Dia. Kerana rasa tidak sabar menyembamkan dahi ke sejadah melebihi segalanya.

Saat itu Maya tidak mahu apa-apa selain rahmat dan pengampunannya.

.

Ramadan kali ini hadir saat peperiksaan menjelang tiba. Jika dahulu Maya sentiasa mengalami dilema, samada mahu terawih atau mengulangkaji. Tapi pada ketika itu, cintanya benar-benar mengatasi segala. Usai solat terawih Maya akan tidur awal.

;)

Tiap hari Maya tidak akan melepaskan peluang untuk bangun menghadap AlKhaliq. Masih terngiang di minda, saat kuliah selepas maghrib, penyampai mengatakan Allah turun ke bumi saat satu pertiga malam untuk benar-benar mendengar hambanya merintih.

Manakan mungkin Maya melepaskan peluang itu. Seolah orang yang mabuk cinta. Satu hari tidak bangun malam, pasti akan ternanti-nanti malam yang akan datang keesokan hari.

Mungkin saat itu, iman telah masuk ke dalam hati Maya yang dahulu hitam kelam. Di celahan hitam itu, ada cahaya yang menembusi.

.

Alunan bacaan Quran sentiasa meniti di bibir Maya. Dia yakin, Allah sedang berbicara dengannya. Saat tadabbur yang benar-benar menyentuh perasaan, dia tanpa segan silu berkongsi rasa dengan orang lain. Maya merasakan cinta yang sungguh indah. Masakan tidak timbul perasaan untuk membiarkan orang lain merasai sesuatu yang sama.

.

Detik berlalu. Ramadan yang hadir untuk seketika mengundurkan diri. Maya tersenyum dan berharap saat dan minit berhenti.

Di dalam hatinya berharap agar pelajaran untuk Ramadannya yang pertama menjadi bekal perjalanan hidup yang baru bermula.

Allahhuma barik lana Fi Rajab wa Syaban wa balighna Ramadhan.

Ramadan, moga ketemu lagi, bisik Maya.



Tuesday 5 January 2016

22 Tahun Menghitung Saat Berjumpa Tuhan

22 tahun yang penuh suka duka tangis dan tawa. 22 tahun yang menyaksikan kepayahan aku keluar dari gelapnya lumpur dosa. Dan kini harapan ku cuma satu. Hidup di bawah lembayung Quran demi melaksanakan tujuan hidup yang diperintahkan Dia, sang penguasa di atas sana.

Berbeza dengan tahun2 sebelum. Menjelangnya hari lahirku, perasaan berbunga dan gembira menyapa hati. Dan setelah aku mengenali Dia, aku jadi malu. Yang patut ku perbaharui dan sentiasa ingati adalah janji ku yang pertama. Saat ruh mahu ditiup ke jasad. Ya.. Aku lupa akan janji itu, jadi tugasku sebagai abid kini adalah memperharui janji itu. Menegakkan kalimah  لا إله إلا الله.

"... 'Bukankah aku ini Tuhanmu?' Mereka menjawab, 'Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi' "
[7:172]

Hadiah terbesar bagi hari hari dalam hidupku adalah apabila getaran jiwa itu kedengaran nya seperti bertasbih. Denyut hati yang kencang berirama juga seperti bertakbir memuji Tuhan. Nikmat indah itu apabila Allah mengatakan Dia begitu dekat dengan kia, bahkan sentiasa berada dalam pintasan darah dan nadi di seluruh tubuh kita.

"Dan sesungguhnya , Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya"
[50:16]

Tiada apa yang lebih membuat aku tersenyum dan bergetar selain mendengar namanya. Alhamdulillah Tuhan di atas nikmat ini. Untuk jiwa jiwa yang dihadiahkan Allah untukku ;) Jazakillah khoir. Tiap satu menjadikan aku semakin dewasa. 

Wahai jiwa jiwa yang tenang, teruslah bernafas dalam helaan nafas hamba. Kerana dipenghujung Dia sentiasa menanti dengan penuh cinta. Dan dalam jalan cinta para perjuang, perjuangan itu dituntun oleh cinta. Apabila dikatakan cinta, pasti perlu pengorbanan. Dan apabila ada pengorbanan bererti kita sedia untuk terkorban. Dan di jalan cinta para pejuang juga, aku ingin menebarkan harapan dan cinta yang tak pernah putus dari Dia.

Kerana segalanya dari Dia terdapat cinta.

AL-KHALIQ :
DariNya aku diciptakan. Bersamanya aku hidup. Dan kepadanya aku kembali.

Dan kerana itu Dialah sebagai orientasi dan obsesi.



Salam sayang,
Your new Hamzah ;)


Friday 28 August 2015

Dia Maoshi Berbaju Kuning


"Chronic pneumoniae characterised by granulomatous infection either by bacteria like TB, fungi and coccidioidomycosis .....''

Dr. Ammanagi masih bersungguh menyampaikan kuliahnya tentang Pulmonary Infection. Sesekali aku mengerling jam tanganku. 3.55 minit petang. 5 minit masa berbaki dan ku lihat Aishah di sebelah masih tekun mendengar. Lambat pula masa berlalu. Pensil di jari juga sudah mulai digunakan untuk menconteng buku nota. Mata melilau ke sana ke sini,aku sekadar tersenyum di dalam hati melihat beberapa orang sudah mulai tersengguk sengguk, mengantuk barangkali. Begitulah selalunya situasi kuliah sebelah petang yg dijalankan dua jam tanpa henti. 

Mataku kembali tertumpu ke arah Dr. Ammanagi.

"Okey, you can see the histological pictures of coccidioidomycosis, there are intact and ruptures of spherules. With that, this will be the last slide of this lecture. Thank you and have a nice day. Any further questions my dear?" Pensyarah kesayangan Melissa, mulai mengakhirkan sesi petang itu. Cepat cepat aku memasukkan buku nota dan pensil ke dalam beg lantas berdiri.

Hmm. Masih ada sejam sebelum masuk waktu asar. Ku cuit Aishah di sebelah. "Jom pergi ATM, rasa rasanya elaun pun dah masuk ni. Nak check?" Dia mengangguk tanda setuju. Langkah diayun ke ATM SYNDICATE BANK yang letaknya hampir 500 meter dari kampus utama. Seperti biasa, kami melalui jalan pintas untuk ke sana. Berjalan sambil berceloteh tentang kehidupan dan menyaksikan gelagat warga tempatan di sini. Siapa sangka, aku kini sudah berada di bumi Taj Mahal walhal dulu mak tidak berapa berkenan aku menyambung pengajian di luar negara. Pengaturan Tuhan, siapa dapat menghalang. Emak juga mengubah fikirannya dan sudah redha dengan pemergianku.Dia yang paling banyak memberi sokongan kini.

Ku lihat resit yang dikeluarkan mesin ATM tadi. Elaun yang masuk untuk bulan ini tambah tolak, lebih kurang Rs x dan jika ditukar ke ringgit Malaysia lebih kurang RM x dan lebih. Kalkulator manual di otakku sudah mulai memainkan peranan. 1/4 digunakan untuk kegunaan bulanan dan selebihnya untuk disimpan untuk kegunaan masa hadapan. Boleh lah juga digunakan di Malaysia nanti. Tambahan juga, berkuatkuasanya GST April lalu ku kira meningkatkan lagi sara hidup di Malaysia. Aku tidak boleh membebankan ibu bapaku di Malaysia nanti. Perlulah berdikari dengan elaun yang ada. Ku keluarkan 5 ribu dari akaun bank dan menyimpannya terus ke dalam dompet.

Kami mula berjalan pulang melalui jalan yang lain. Jauh juga, tapi kami suka menikmati pemandangan kampus yang dipenuhi tumbuhan hijau merimbun. Diselangi juga pokok bunga kuning di sana sini. Pertama kali aku menghadikan diri di kampus ini satu yang terdetik di hati "kampus dalam taman ke cemane ni?"

Mataku tertuju ke arah satu sosok tubuh berbaju kuning lusuh duduk bersimpuh di kaki lima tidak jauh dari tempatku berdiri. Di hadapannya terdapat beberapa jenis buah buahan seperti pisang dan mangga. Beberapa warga tempatan yang lalu lalang ada yang tidak mempedulikan panggilannya. Sesekali ada beberapa orang yang menghulurkan duit lantas berlalu. Dari pengamatan, aku pasti dia menjaja buah buahan. Ku tarik Aishah meuju ke arah maoshi (makcik) tersebut. 

Baru beberapa langkah,  dia memanggil sayup-sayup dari kejauhan. Aku tersenyum dan menghampiri. "Didi, banana? mango?'' Dia bersuara "maoshi.. kitna (berapa ringgit?)'' sambil menunjuk ke arah pisang, cuba berbasa basi. Pisang dan duit sudah beralih arah. Seperti ada batu yang menahan aku untuk terus berada di situ sepertinya tertarik untuk terus berbual. Aku dan Aishah melabuhkan punggung di tepi beliau.

"Didi acca hey! (cantikk)" sambil memegang kurung cotton yang ku pakai. Dia menunjuk pula ke arah gadis Hindustan ber-Tshirt singkat dan berseluar ketat tidak jauh dari arah kami sambil menggelengkan kepala. Aku sekadar tersenyum mengimbau kenangan tika diriku belasan tahun. begitulah pakaianku. Jika tidak kerana Allah arRahman, mungkin juga kini aku masih terusan begitu. Pokoknya, yang harus dijaga itu bukan sekadar luarannya, tetapi juga hati. Perbualan kami berlanjutan dari satu cerita ke satu cerita. Walaupun aku kurang memahami apa yang cuba disampaikan, aku seronok melihat kesungguhan penceritaannya. Teringat emak di rumah.

Dia mungkin kelihatan tidak punya apa-apa, tapi aku yakin dia juga makhluk Dia. Kehadirannya dalam hidupku juga pasti terdapat signifikasi dalam hidupku. Ya, aku suka kesungguhannya bejaja walau di kaki lima. Semangat Maryam. Kerana Maryam yakin sama Allah, dia sanggup menggoyangkan pohon kurma ketika sakit hendak bersalin dan ketika itu dia sungguh lapar.Walau kita tahu, amat mustahil untuk menggoyangkan pohon kurma yg berdiri kokoh itu. Yakin dan usaha itu yang perlu ada. Boleh rujuk surah Maryam. Ya, hasil itu bukan kerja kita, usaha itulah yg diperlukan. Jadi refleksi diriku, bagaimana usaha2 ku ke atas pekerjaan-pekerjaan yang aku lakukan sehari hari? Usaha belajar? Usaha membaiki iman yang compang camping? Usaha mendalami agama?

Jam telah menunjukkan 4.45 petang, kami beransur untuk pulang ke asrama. Hampir ke waktu asar kiranya. Dalam perjalanan pulang aku berazam untuk berjumpanya kembali minggu hadapan. Seperti ada tarikan pada makcik itu.

.......................................................................................................................

Berbekalkan beberapa bungkus biskut dan coklat, aku menuju ke kawasan makcik tersebut. Niat di hati ingin memberi sedikit buah tangan untuk dia. Setibanya di sana, pencarian ku hampa. Tiada dia di situ. Aku berjalan lagi ke hadapan, besar kemungkinan dia berpindah tempat. Tapi hampa. Hatiku kuat mengatakan, mungkin hari itu dia bercuti. Esok-esok mungkin ada lagi.

Begitu juga beberapa hari kemudian. Ketiadaannya menimbulkan tanda tanya sehinggalah saat aku menunggang skuter ke Reliance (kedai runcit) , aku ternampak kelibat maoshi itu di luar pagar besar kampus. Terukir senyuman nipis di bibir. Di situ rupanya.

.....................................................................................................................

'Mel, jom beli saree untuk maoshi kau tu. Dah nak balik Malaysia untuk raya. Sebulan pulak tu. Mesti dia tercari-cari kau' Aishah mengujarkan pendapat.

'Okey jomm! Petang ni kita pegi beli', jawabku.

Sudah terbayang bayang senyuman maoshi nanti. Dan petang itu juga kami menemui dia di luar pagar kampus. Seperti biasa, dia masih memakai baju kuning lusuh itu. Teringat pula kisah Khalifah Umar yang hanya mempunya dua helai baju ketika dia memimpin. Haihh. Bagaimana aku pula kini? Adakah tiap satu yang aku punya dimanfaatkan dengan sebaiknya?

Ketika aku menghulurkan saree tersebut, kelihatan dia terpinga pinga dan akhirnya senyuman lebar terukir di bibir.

Dia makcik berbaju kuning. Terima kasih untuk pelajaran itu. Semoga satu hari, makcik berjumpa Dia. Siapa tahu. :')


Thursday 30 July 2015

Perjalanan Menuju Tuhan (Part 3)


Seperti kebiasaan, saat itu aq bersama Opie berjalan di koridor menuju bilik Melissa. Seorang senior melintas dan dengan segera Opie bersuara, 'Assalamualaikum kak, surau kat sini mana  yer?' sambil tersengih sengih. Akak itu tersenyum kembali sambil menuding jari ke arah penghujung tingkat empat. Sambil menoleh ke bilikku aq menghitung jarak perjalanan yg sangat jauh. Hmmm. Aq menunjukkan riak muka yg kurang berminat dan mengambil keputusan berdiam diri. Dalam hati sudah berbisik, ada juga rupanya surau dekat India ni. 

Malam itu, Opie mengajak kami berempat (Melissa, Aishah dan Afiqah) Al-Mulk bersama. Aq seperti biasa menurut sahaja rakan yg lain. Kalau duduk sendirian juga sekadar membuang masa. Lebih baik aq mengaji setelah menyedari kapan terakhir kali aq membaca Yasin pada malam Jumaat, iaitu 3 bulan yg lepas barangkali. Hatiku tidak berkutik apa2.

Tepat jam 11 malam, kami berkumpul di bilik Afiqah. Usai bacaan alMulk, Opie membuka cerita perjalanan hidupnya di PASUM. Dia mengalirkan air mata. Pendengaranku mendengar butiran ayat, Allah itu arRahman. Aq tidak mengambil pusing kerana bicaranya malam itu sungguh asing bagi halwa telingaku. Aq cuba menhadam sedikit demi sedikit. Hairan sekali, bagaimana seseorang mampu mengalirkan air mata ketika mengalir dari bibirnya satu kalimah itu. ALLAH. Ku lihat rakan rakanku yg lain yg begitu khusyuk mendengar. Aq sekaadar menundukkan kepala. Aneh sekali.

Keesokan harinya, tika itu aq sedang duduk bermenung di luar bilik melihat suasana asar menghampiri senja. Langit tika itu kelihatan kemerah merahan. Matahari juga seperti mahu mengundurkan diri. Cahaya matahari yg ditutupi awan juga menghasilkan rona warna yg cukup indah. Begitu juga burung2 yg beterbangan pulang secara berkumpulan. Aq tersenyum simpul. Indah sekali. 

Tiba2 bahuku ditepuk. Dengan kaget aq memalingkan muka ke arah pemilik tangan tersebut. Oh. Kak Apin, salah seorang senior yg menyambut kehadiran kami. Terhutang budi barangkali. Aq cuba memaniskan muka. Maklumlah, aq bukannya seorang yg suka bergaul dengan ramai orang. Tapi keikhlasannya menolong kami pada awal2 kehadiran memikat hati sekali. Begitu juga senior2 yg lain. Menemani kami membeli barang, menunjuk arah dan sebagainya. Kekok sekali tika aq berbicara dengannya.

Kami berbual bual tentang kehidupan baruku di sini. Perasaan, harapan dan sebagainya hingga tiba saat dia menyuarakan hasrat mengundurkan diri. Kata2 terakhirnya adalah, "Jom Mel kita ke surau, solat maghrib, lepas tu ada video2 sikit" 

Aq sekadar membisu. Tidak memberi kata putus. Dia pun berlalu pergi dan aq lantas masuk ke dalam bilik. Keputusanku nekad, solat sendiri di dalam bilik. Bukannya dosa pun. Malam melabuhkan tirai. Keesokannya juga berlalu seperti biasa. Hari ini Kak Apin datang kembali dengan senyumannya yg meleret. Waduhhh. Dalam hati sudah gelisah. Dia nak ajak aq ke surau lagi ke? Leceh lah. Tepat sangkaanku. Dan seperti biasa ajakannya aq anggap seperti angin lalu. Begitu juga hari2 seterusnya. Entah aq terlupa berapa kali, sampai akhirnya, dia sekadar datng untuk berbual2. Tiada lagi ajakan ke surau. Lega sekali.

Dua minggu berlalu. Saat itu, aq baru selesai menunaikan solat maghrib. Seperti ada perasaan yg tidak enak di dalam hati. Kurasakan kekosongan. Aq menghitung apa yg kurang. Mak ayah serta keluarga sihat di kampung. Panggilan juga boleh dilakukan apabila rindu. Kawan2 ku juga sentiasa di sisi. Menemani tika duka. Belajar juga tidak lah sukar mana, kerana masih dalam tajuk introduction. Jadi apakah yg kurang itu. Dengan sekelip mata, wajah Kak Apin muncul di benak fikiran bersama ajakannya yg sering aq ambil enteng. Berlaku pergelutan di dalam hati. Separuh mengatakan sampai bila aq mahu mensiakan ajakan yg mungkin dari Tuhan. Dan separuh lagi mengatakan buat apa menghabiskan masa di surau sedang dibilik kau boleh on9 dan menonton movie Korea. Perbalahan yg memenatkan.

Sebelum tidur, aq berjanji di dalam hati untuk cuba ke surau maghrib esok. Hari baru bermula Aqmuka loker dan berkira kira pakaian mana yg perlu aq sarung hari ini ke kelas. Setelah mandi, aq menyarung jeans krim, blouse kelabu lengan pendek dan tudung selimpang. Saat membetulkan tudung di hadapan cermin yg panjangnya sekaki, aq melihat cerminan diri. Diri di sebalik cermin seolah meronta meminta pakaian itu ditanggalkan. Dan buat pertama kalinya aq menoleh ke arah roomate dan bertanya, "awak.. seluar saye ketat eh?" Tanpa menanti jawapan aq terus membuka loker dan mencari2 pakaian lain. Hampir saja aq mengahmburkan air mata kerana mencari sesuatu yg pasti tidak aq jumpai.Memikirkan ada roomate di situ, aq sekadar menahan tebing mata dari pecah Lantas aq meminjam skirt labuh milik roomate. 

Malam itu, seperti yg dijanjikan kepada diriku sendiri, aq melangkah ke surau dengan langkah yg amat payah. Seolah olah terikat beban berkilo2 di kedua belah kaki. Jiwa juga seperti dicarik carik. Otak apatah lagi, melahirkan seribu alasan untuk tetap diam dan tidak pergi. Rasa malu, rasa ego semuanya bermain2 di benak. Tapi kerana janji itu, aq pergi jua dalam terpaksa. Perjalanan beberapa meter seolah olah menjadi puluhan batu.

Setibanya di surau, pastilah Kak Api dan Opie yg paling gembira sekali. Aq sekadar memberi senyuman tipis. Program setelah solat jemaah berjalan seperti biasa. Mereka duduk di dalam bulatan. Aq mencari posisi yg paling terasing sekali dengan harapan tiada sesiapa yg melihatku. Aq di sambut dengan meriah sekali sebelum majlis di buka. Suasana syahdu seketika. Aq memerhati satu satu dari tiap mereka yg datang. Rakan ku yg lain juga ada. Kelihatan wajah ceria mereka yg bercahaya. Aq tenggelam dalam duniaku sendiri.

Lamunanku terhenti apabila seseorang memulakan pengisian. Panjang lebar ceritanya, hingga tiba saat, dia bersuara;

"Harini ni saya ingin berkongsi sedikit tentang ayat tadabbur saya hari ini iaitu Durah adDhuha ayat 3. Boleh lah kalian buka surah ke 93 ayat ke 3 muka surat 596."

Saat mereka berlumba lumba membuka alQuran. Aq terpuruk dalam keasingan. Semuanya kedengaran asing. Surah duha? Tadabbur? Tambahan lagi aq mencari cari alQuran di riba. Tiada. Tiada. Mana alQurannku? Oh aq terlupa. Terakhir kali aq membukanya adalah beberapa bulan yg lalu. Itu pun sekadar membacaYasin pada malam Jumaat. Setelah itu, aq tidak ingat lagi bila aq betul membaca untuk memahami. AlMulk juga dilakukan kerana kebiasaan.

Aq seperti di dalam bubble sendiri. Mendengar bait2 yang begitu asing dari penyampai.

"DAN TUHANMU TIDAK MENINGGALKANMU (MUHAMMAD) DAN TIDAK PULA MEMBENCIMU"

Ohh Tuhan, aq tidak pernah mendengar ini. Kau tidak meninggalkanku? Kau tidak membenciku Tuhan? Tapi telah 19 tahun ya Tuhan aq hidup dengan ketiadaanmu di hatiku. Masihkah engkau bersamaku ?

Kedengaran lagi ;

"Sejauh mana kita pergi. Sejauh mana kita lupa kan Allah, Allah janji dalam ayat ni tidak pernah sekali Dia meninggalkan kita. Ponderlah di dalam hati, sejauh mana kita yg pergi meninggalkan Dia"

Empangan tubir mata tidak mampu lagi dibendung. Aq merembeskan air mata tanpa mempedulikan orang sekeliling. Aq sedar perasaan kosong apa yg Allah hadirkan semalam. Aq kosong kerana tiada Tuhan di hati. Aq kosong kerana tiada alQuran yg mengisi hati. Bukan sekadar membaca kerana kita sememangnya tidak mengerti bahasa Arab. Terjemahannya buat pertama kali setelah 19 tahun hidup aq mendengarnya. Manakan tidak asing.

Dan setelah saat itu. Tanpa rasa malu aq katakan, barulah aq megenali Tuhan. Dan kehadiran dan perjalanan berliku ke India itu adalah....

PERJALANAN MENUJU TUHAN.


Dan hingga kini aq masih bertatih. Dan semoga kita sama2 masih diberi hidayah dan bimbingan dari Dia. Kerana kita manusia yang sering alpa. Kenangan ini sering kujadikan motivasi tika diri dilanda putus asa. Teringat Aishah pernah berkongsi ayat;

IF YOU FEEL LIKE GIVING UP ON THIS PATH.. REMIND YOURSELF OF THE FIRST MOMENT HE TOUCHED YOUR HEART.

Ku tinggalkan bingkisan ini beserta ayat :

'... Tuhan kami ialah (Tuhan) yg telah memberikan bentuk kejadian kepada segala sesuatu kemudian memberinya petunjuk" [20:50]





THE END

Tuesday 28 July 2015

Perjalanan Menuju Tuhan (Part 2)



Pulang dari menguruskan pasport barulah aq teringat untuk memberi jawapan kepada pihak USMKLE (nampak no x teruja). Encik Hafiz, pengurus pendaftaran USMKLE menyuruh aq membuka email, kerana segala maklumat telah dihantar. Lambat2 aq membukanya. Dengan terteranya tarikh pendaftaran masuk di Kubang Kerian serta orientasi membuatkan aq jatuh terduduk dan membuntangkan biji mata. Seminggu lagi dan tarikh penerbangan juga kemungkinan dua tiga hari selepas tamat orientasi. Dan dalam hati sudah menyumpah2.. 'THIS IS SOOOOO RIDICULOUS!!!!!'

Macam mana dalam masa seminggu aq kene uruskan visa, perjanjian MARA, belum jumpa lagi kawan2 sebelum pergi, makcik2, pakcik2, kekasih hati (ehhh) dan macam2 lagi lah urusan yg bermain dalam fikiran. Lantaran itu, malam itu juga aq duduk berbincang dengan ayah tentang kerisauanku, tambahan lagi surat dari pejabat mara juga tidak kunjung tiba. Buat pertama kalinya aq menanti nanti batang hidung pak posmen. Yelah, surat itu amat diperlukan untuk mengangkat sumpah perjanjian dengan MARA (seram gittu bunyinyee).

Sesiapa yg mengenali ayah pasti tahu akan sifat tenang dan bersahaja beliau. Dengan tenang ayah menasihati agar aq bersabar. Janjinya akan bersama2 menguruskan semua hal. :') Dan sejak tibanya surat dari pihak MARA, kehidupan aq dan kedua ibu bapa bukan lagi di rumah. Kalau tidak di KL menguruskan visa, di mahkamah untuk angkat sumpah, kalau tak di mahkamah, di hospital untuk check up. Duit dan tenaga juga mengalir seperti air. Johor dan Kuala Lumpur bukanlah sekadar 2 atau 3 kilometer. Perjalanan saja memakan masa hampir 4 jam.

Aq teringat, ketika perjalanan pulang dari KL ke Johor. Ketika itu, emak tidak mengikuti kami menguruskan persekolahan adik (adik beradik ramai kan). Ku lihat ayah, matanya lesu sekali, memandu juga sekejap2 mengubah posisi. Penat barangkali. Lantas aku menundukkan kepala sambil berkata, 'terima kasih ayah penat2 naik turun KL tolong itu ini'. Ayah memaling kepala memandangku, 'laaaa, ini kan tanggungjawab ayah, selagi ayah hidup, ayah akan bantu anak2 ayah. Nanti ayah dah takde sape yg nak tolong?' Huhu. Aq sekadar memberi senyuman yg paling manis buat ayah. Yeah we can do this ayah!

Dan akhirnya, berjaya juga kami menyempurnakan segala urusan dalam masa seminggu, kecuali VISA yang bukan dalam kawalan kami. Kohkohkoh. Selepas seminggu juga, aq pergi ke USM Kubang Kerian untuk pendaftaran. Dan Alhamdulillah. flight aku dan 4 rakan lain ditunda untuk seketika kerana VISA yg belum siap.


..................................................................................................................................


18/9 tarikh keramat. Itulah tarikh yg ditetapkan untuk penerbangan kami berlima ke negara TajMahal setelah dua kali penerbangan ditunda. Seminggu sebelum, pelbagai perasaan dan fikiran berlegar legar di minda. Memikirkan betapa singkatnya waktu persiapanku untuk ke India. Betapa suntuknya juga waktu yang tinggal untuk aq bermanja dengan keluarga. Bagaimana kehidupan dengan rakan2 baru. Tiada yg dikenali langsung. Yelah, kalau lah keputusan MARA datang lebih awal, pasti aku berkesempatan mencari kawan2 sebelum pergi, di Facebook. Hari2 merembeskan air mata.

Untuk pertama kali setelah 19 tahun hidup, aq bangan malam untuk Tahajud. Indahnya rasa itu. Aq malu sama Tuhan. Hampir 20 tahun perjalan hidup ditaburi wangian serta bunga, setelah kejayaan demi kejayaan, kebahagiaan demi kebahagiaan tanpa disulami rasa syukur, saat sesak menghimpit dada, barulah aq memilih untuk sujud pada yg Esa. Heningnya terasa indah, nyamannya menenangkan jiwa. Kataku dalam hati, aq pasti mencari sesuatu di India nanti. Entah aku tak pasti.

.....................................................................................................................................


Setibanya di  perkarangan asrama USMKLE yg bersebelahan dengan campus JNMC, terdapat beberapa gadis bertudung labuh kelihatan seperti senior di sana menyambut kami. OMG kataku di dalam hati. Sambil melihat diriku sendiri yg berseluar ketat, berbaju singkat dan tudung berselimpang. 'HOW CAN I LIVE IN THIS PLACEEEEEE!!!!!! Ini India ke Mesir???? Dahla x de satu pun baju aq yg mengikut syarat, semua macam baju adik aq je' bisikku dalam hati. Terkesima dan aq sekadar memandang mereka tanpa mahu menghulurkan tangan terlebih dahulu. Sekadar memerhati rakan yg bersamaku bersalaman dengan kakak2 senior tersebut. Persetan itu semua, hidup aku, hidup aku.

Selang beberapa hari di situ, aku rasakan kekosongan, aku dikira 3rd intake, yang lain sudah mulai berkawan sebelum ketibaan ku. Jadi golongan kawanku ketika itu sekadar Melissa dan Opie, yg datang bersama serta Aishah dan Afiqah yg dtang setelah kami. Mungkin aq yg malas mencari. Hihi.

Aq ingat lagi tika itu di dlam lif menuju ke DM. Biasalah aku dengan tudung selimpang serta baju lengan pendek dan tiada stokin. Tika itu kami bertiga di dalam lif. Seseorang mengajukan soalan cepumas kepadaku sambil menuding ke kaki. "Kau tahu tak ini aurat?" Darah sudah mendidih dan buku lima sudah dikemaskan. Tika pintu lif terbuka, aku separa menjerit. "AKU TAHULAHHH!!!" dan berlalu pergi. Haih. Menyumpah di dalam hati, tapi dalam masa yg sama berterima kasih. Mungkinkah ini teguran dari Tuhan? Dia juga mungkin tidak sengaja. Jika aku membuat kesilapan membuka aurat, dia juga manusia sepertiku dan tidak lari dari melakukan kesilapan. Aku diam. Malam itu, sebelum tidur, buat pertama kali juga aq bermuhasabah tentang jalan hidupku. Pernahkah terisi dengan Tuhan. Ya Allah ampunkan aku.

...............................................................................................................................


TO BE CONTINUED