Tuesday 28 July 2015

Perjalanan Menuju Tuhan (Part 2)



Pulang dari menguruskan pasport barulah aq teringat untuk memberi jawapan kepada pihak USMKLE (nampak no x teruja). Encik Hafiz, pengurus pendaftaran USMKLE menyuruh aq membuka email, kerana segala maklumat telah dihantar. Lambat2 aq membukanya. Dengan terteranya tarikh pendaftaran masuk di Kubang Kerian serta orientasi membuatkan aq jatuh terduduk dan membuntangkan biji mata. Seminggu lagi dan tarikh penerbangan juga kemungkinan dua tiga hari selepas tamat orientasi. Dan dalam hati sudah menyumpah2.. 'THIS IS SOOOOO RIDICULOUS!!!!!'

Macam mana dalam masa seminggu aq kene uruskan visa, perjanjian MARA, belum jumpa lagi kawan2 sebelum pergi, makcik2, pakcik2, kekasih hati (ehhh) dan macam2 lagi lah urusan yg bermain dalam fikiran. Lantaran itu, malam itu juga aq duduk berbincang dengan ayah tentang kerisauanku, tambahan lagi surat dari pejabat mara juga tidak kunjung tiba. Buat pertama kalinya aq menanti nanti batang hidung pak posmen. Yelah, surat itu amat diperlukan untuk mengangkat sumpah perjanjian dengan MARA (seram gittu bunyinyee).

Sesiapa yg mengenali ayah pasti tahu akan sifat tenang dan bersahaja beliau. Dengan tenang ayah menasihati agar aq bersabar. Janjinya akan bersama2 menguruskan semua hal. :') Dan sejak tibanya surat dari pihak MARA, kehidupan aq dan kedua ibu bapa bukan lagi di rumah. Kalau tidak di KL menguruskan visa, di mahkamah untuk angkat sumpah, kalau tak di mahkamah, di hospital untuk check up. Duit dan tenaga juga mengalir seperti air. Johor dan Kuala Lumpur bukanlah sekadar 2 atau 3 kilometer. Perjalanan saja memakan masa hampir 4 jam.

Aq teringat, ketika perjalanan pulang dari KL ke Johor. Ketika itu, emak tidak mengikuti kami menguruskan persekolahan adik (adik beradik ramai kan). Ku lihat ayah, matanya lesu sekali, memandu juga sekejap2 mengubah posisi. Penat barangkali. Lantas aku menundukkan kepala sambil berkata, 'terima kasih ayah penat2 naik turun KL tolong itu ini'. Ayah memaling kepala memandangku, 'laaaa, ini kan tanggungjawab ayah, selagi ayah hidup, ayah akan bantu anak2 ayah. Nanti ayah dah takde sape yg nak tolong?' Huhu. Aq sekadar memberi senyuman yg paling manis buat ayah. Yeah we can do this ayah!

Dan akhirnya, berjaya juga kami menyempurnakan segala urusan dalam masa seminggu, kecuali VISA yang bukan dalam kawalan kami. Kohkohkoh. Selepas seminggu juga, aq pergi ke USM Kubang Kerian untuk pendaftaran. Dan Alhamdulillah. flight aku dan 4 rakan lain ditunda untuk seketika kerana VISA yg belum siap.


..................................................................................................................................


18/9 tarikh keramat. Itulah tarikh yg ditetapkan untuk penerbangan kami berlima ke negara TajMahal setelah dua kali penerbangan ditunda. Seminggu sebelum, pelbagai perasaan dan fikiran berlegar legar di minda. Memikirkan betapa singkatnya waktu persiapanku untuk ke India. Betapa suntuknya juga waktu yang tinggal untuk aq bermanja dengan keluarga. Bagaimana kehidupan dengan rakan2 baru. Tiada yg dikenali langsung. Yelah, kalau lah keputusan MARA datang lebih awal, pasti aku berkesempatan mencari kawan2 sebelum pergi, di Facebook. Hari2 merembeskan air mata.

Untuk pertama kali setelah 19 tahun hidup, aq bangan malam untuk Tahajud. Indahnya rasa itu. Aq malu sama Tuhan. Hampir 20 tahun perjalan hidup ditaburi wangian serta bunga, setelah kejayaan demi kejayaan, kebahagiaan demi kebahagiaan tanpa disulami rasa syukur, saat sesak menghimpit dada, barulah aq memilih untuk sujud pada yg Esa. Heningnya terasa indah, nyamannya menenangkan jiwa. Kataku dalam hati, aq pasti mencari sesuatu di India nanti. Entah aku tak pasti.

.....................................................................................................................................


Setibanya di  perkarangan asrama USMKLE yg bersebelahan dengan campus JNMC, terdapat beberapa gadis bertudung labuh kelihatan seperti senior di sana menyambut kami. OMG kataku di dalam hati. Sambil melihat diriku sendiri yg berseluar ketat, berbaju singkat dan tudung berselimpang. 'HOW CAN I LIVE IN THIS PLACEEEEEE!!!!!! Ini India ke Mesir???? Dahla x de satu pun baju aq yg mengikut syarat, semua macam baju adik aq je' bisikku dalam hati. Terkesima dan aq sekadar memandang mereka tanpa mahu menghulurkan tangan terlebih dahulu. Sekadar memerhati rakan yg bersamaku bersalaman dengan kakak2 senior tersebut. Persetan itu semua, hidup aku, hidup aku.

Selang beberapa hari di situ, aku rasakan kekosongan, aku dikira 3rd intake, yang lain sudah mulai berkawan sebelum ketibaan ku. Jadi golongan kawanku ketika itu sekadar Melissa dan Opie, yg datang bersama serta Aishah dan Afiqah yg dtang setelah kami. Mungkin aq yg malas mencari. Hihi.

Aq ingat lagi tika itu di dlam lif menuju ke DM. Biasalah aku dengan tudung selimpang serta baju lengan pendek dan tiada stokin. Tika itu kami bertiga di dalam lif. Seseorang mengajukan soalan cepumas kepadaku sambil menuding ke kaki. "Kau tahu tak ini aurat?" Darah sudah mendidih dan buku lima sudah dikemaskan. Tika pintu lif terbuka, aku separa menjerit. "AKU TAHULAHHH!!!" dan berlalu pergi. Haih. Menyumpah di dalam hati, tapi dalam masa yg sama berterima kasih. Mungkinkah ini teguran dari Tuhan? Dia juga mungkin tidak sengaja. Jika aku membuat kesilapan membuka aurat, dia juga manusia sepertiku dan tidak lari dari melakukan kesilapan. Aku diam. Malam itu, sebelum tidur, buat pertama kali juga aq bermuhasabah tentang jalan hidupku. Pernahkah terisi dengan Tuhan. Ya Allah ampunkan aku.

...............................................................................................................................


TO BE CONTINUED

2 comments: