Tuesday 5 January 2016

22 Tahun Menghitung Saat Berjumpa Tuhan

22 tahun yang penuh suka duka tangis dan tawa. 22 tahun yang menyaksikan kepayahan aku keluar dari gelapnya lumpur dosa. Dan kini harapan ku cuma satu. Hidup di bawah lembayung Quran demi melaksanakan tujuan hidup yang diperintahkan Dia, sang penguasa di atas sana.

Berbeza dengan tahun2 sebelum. Menjelangnya hari lahirku, perasaan berbunga dan gembira menyapa hati. Dan setelah aku mengenali Dia, aku jadi malu. Yang patut ku perbaharui dan sentiasa ingati adalah janji ku yang pertama. Saat ruh mahu ditiup ke jasad. Ya.. Aku lupa akan janji itu, jadi tugasku sebagai abid kini adalah memperharui janji itu. Menegakkan kalimah  لا إله إلا الله.

"... 'Bukankah aku ini Tuhanmu?' Mereka menjawab, 'Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi' "
[7:172]

Hadiah terbesar bagi hari hari dalam hidupku adalah apabila getaran jiwa itu kedengaran nya seperti bertasbih. Denyut hati yang kencang berirama juga seperti bertakbir memuji Tuhan. Nikmat indah itu apabila Allah mengatakan Dia begitu dekat dengan kia, bahkan sentiasa berada dalam pintasan darah dan nadi di seluruh tubuh kita.

"Dan sesungguhnya , Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya"
[50:16]

Tiada apa yang lebih membuat aku tersenyum dan bergetar selain mendengar namanya. Alhamdulillah Tuhan di atas nikmat ini. Untuk jiwa jiwa yang dihadiahkan Allah untukku ;) Jazakillah khoir. Tiap satu menjadikan aku semakin dewasa. 

Wahai jiwa jiwa yang tenang, teruslah bernafas dalam helaan nafas hamba. Kerana dipenghujung Dia sentiasa menanti dengan penuh cinta. Dan dalam jalan cinta para perjuang, perjuangan itu dituntun oleh cinta. Apabila dikatakan cinta, pasti perlu pengorbanan. Dan apabila ada pengorbanan bererti kita sedia untuk terkorban. Dan di jalan cinta para pejuang juga, aku ingin menebarkan harapan dan cinta yang tak pernah putus dari Dia.

Kerana segalanya dari Dia terdapat cinta.

AL-KHALIQ :
DariNya aku diciptakan. Bersamanya aku hidup. Dan kepadanya aku kembali.

Dan kerana itu Dialah sebagai orientasi dan obsesi.



Salam sayang,
Your new Hamzah ;)


No comments:

Post a Comment