Thursday 9 October 2014

Resepi Roti Bakar HomeMade Yg Simple !

Okey!! over benauuu bunyi title kat atas tu. Hikhikhik. Aseef Jiddan.

Okey memandangkan aq duduk jauh benauuu dengan family. Sampai menyeberang lautan Hindi. Ecewahhh. Terkadang rindu lah masakan mak. Dan antara yg paling aq rindu adelah roti bakar resepi mak. Lol. Yg selalu bila makan dengan family bergaduh nak lapisan atas sebab rangup. Kekekeke.

Harap maaf. Macam cekodok rupanya. Tapi sekurangnya I jujur ini roti yg I buat.




Bahan2:
-Tepung gandum (1/2 kg)
-Butter / marjerin (5 sudu besar)
-Mauripan / yeast (mengikut kuantiti tepung.. kalau nak cepat naik bagi banyak)
-air
-Gula secukup rasa

Cara2.
-Gaul tepung, yeast,gula dan marjerin/butter (ini engkorang boleh agak. kalau nak bau yg sedap bagi lah marjerin banyak, tapi pastikan x lebih dari kuantiti tepung)
-Tambah air sdikit sedikit sambil menggaul. Jangan sampai tercair, nanti jadi apam. Pastikan sampai menjadi seperti doh donut.
-Biarkan semalaman untuk biarkan kembang
-Bakar pada suhu 200 degree selama 20 minit, api atas dan bawah.
-Selepas selesai sesi pembakaran. Sapu marjerin di atas roti tadi dan tabur gula.


Selamat mencuba resepi simple ini. Dadaaaaa.