Friday, 28 August 2015

Dia Maoshi Berbaju Kuning


"Chronic pneumoniae characterised by granulomatous infection either by bacteria like TB, fungi and coccidioidomycosis .....''

Dr. Ammanagi masih bersungguh menyampaikan kuliahnya tentang Pulmonary Infection. Sesekali aku mengerling jam tanganku. 3.55 minit petang. 5 minit masa berbaki dan ku lihat Aishah di sebelah masih tekun mendengar. Lambat pula masa berlalu. Pensil di jari juga sudah mulai digunakan untuk menconteng buku nota. Mata melilau ke sana ke sini,aku sekadar tersenyum di dalam hati melihat beberapa orang sudah mulai tersengguk sengguk, mengantuk barangkali. Begitulah selalunya situasi kuliah sebelah petang yg dijalankan dua jam tanpa henti. 

Mataku kembali tertumpu ke arah Dr. Ammanagi.

"Okey, you can see the histological pictures of coccidioidomycosis, there are intact and ruptures of spherules. With that, this will be the last slide of this lecture. Thank you and have a nice day. Any further questions my dear?" Pensyarah kesayangan Melissa, mulai mengakhirkan sesi petang itu. Cepat cepat aku memasukkan buku nota dan pensil ke dalam beg lantas berdiri.

Hmm. Masih ada sejam sebelum masuk waktu asar. Ku cuit Aishah di sebelah. "Jom pergi ATM, rasa rasanya elaun pun dah masuk ni. Nak check?" Dia mengangguk tanda setuju. Langkah diayun ke ATM SYNDICATE BANK yang letaknya hampir 500 meter dari kampus utama. Seperti biasa, kami melalui jalan pintas untuk ke sana. Berjalan sambil berceloteh tentang kehidupan dan menyaksikan gelagat warga tempatan di sini. Siapa sangka, aku kini sudah berada di bumi Taj Mahal walhal dulu mak tidak berapa berkenan aku menyambung pengajian di luar negara. Pengaturan Tuhan, siapa dapat menghalang. Emak juga mengubah fikirannya dan sudah redha dengan pemergianku.Dia yang paling banyak memberi sokongan kini.

Ku lihat resit yang dikeluarkan mesin ATM tadi. Elaun yang masuk untuk bulan ini tambah tolak, lebih kurang Rs x dan jika ditukar ke ringgit Malaysia lebih kurang RM x dan lebih. Kalkulator manual di otakku sudah mulai memainkan peranan. 1/4 digunakan untuk kegunaan bulanan dan selebihnya untuk disimpan untuk kegunaan masa hadapan. Boleh lah juga digunakan di Malaysia nanti. Tambahan juga, berkuatkuasanya GST April lalu ku kira meningkatkan lagi sara hidup di Malaysia. Aku tidak boleh membebankan ibu bapaku di Malaysia nanti. Perlulah berdikari dengan elaun yang ada. Ku keluarkan 5 ribu dari akaun bank dan menyimpannya terus ke dalam dompet.

Kami mula berjalan pulang melalui jalan yang lain. Jauh juga, tapi kami suka menikmati pemandangan kampus yang dipenuhi tumbuhan hijau merimbun. Diselangi juga pokok bunga kuning di sana sini. Pertama kali aku menghadikan diri di kampus ini satu yang terdetik di hati "kampus dalam taman ke cemane ni?"

Mataku tertuju ke arah satu sosok tubuh berbaju kuning lusuh duduk bersimpuh di kaki lima tidak jauh dari tempatku berdiri. Di hadapannya terdapat beberapa jenis buah buahan seperti pisang dan mangga. Beberapa warga tempatan yang lalu lalang ada yang tidak mempedulikan panggilannya. Sesekali ada beberapa orang yang menghulurkan duit lantas berlalu. Dari pengamatan, aku pasti dia menjaja buah buahan. Ku tarik Aishah meuju ke arah maoshi (makcik) tersebut. 

Baru beberapa langkah,  dia memanggil sayup-sayup dari kejauhan. Aku tersenyum dan menghampiri. "Didi, banana? mango?'' Dia bersuara "maoshi.. kitna (berapa ringgit?)'' sambil menunjuk ke arah pisang, cuba berbasa basi. Pisang dan duit sudah beralih arah. Seperti ada batu yang menahan aku untuk terus berada di situ sepertinya tertarik untuk terus berbual. Aku dan Aishah melabuhkan punggung di tepi beliau.

"Didi acca hey! (cantikk)" sambil memegang kurung cotton yang ku pakai. Dia menunjuk pula ke arah gadis Hindustan ber-Tshirt singkat dan berseluar ketat tidak jauh dari arah kami sambil menggelengkan kepala. Aku sekadar tersenyum mengimbau kenangan tika diriku belasan tahun. begitulah pakaianku. Jika tidak kerana Allah arRahman, mungkin juga kini aku masih terusan begitu. Pokoknya, yang harus dijaga itu bukan sekadar luarannya, tetapi juga hati. Perbualan kami berlanjutan dari satu cerita ke satu cerita. Walaupun aku kurang memahami apa yang cuba disampaikan, aku seronok melihat kesungguhan penceritaannya. Teringat emak di rumah.

Dia mungkin kelihatan tidak punya apa-apa, tapi aku yakin dia juga makhluk Dia. Kehadirannya dalam hidupku juga pasti terdapat signifikasi dalam hidupku. Ya, aku suka kesungguhannya bejaja walau di kaki lima. Semangat Maryam. Kerana Maryam yakin sama Allah, dia sanggup menggoyangkan pohon kurma ketika sakit hendak bersalin dan ketika itu dia sungguh lapar.Walau kita tahu, amat mustahil untuk menggoyangkan pohon kurma yg berdiri kokoh itu. Yakin dan usaha itu yang perlu ada. Boleh rujuk surah Maryam. Ya, hasil itu bukan kerja kita, usaha itulah yg diperlukan. Jadi refleksi diriku, bagaimana usaha2 ku ke atas pekerjaan-pekerjaan yang aku lakukan sehari hari? Usaha belajar? Usaha membaiki iman yang compang camping? Usaha mendalami agama?

Jam telah menunjukkan 4.45 petang, kami beransur untuk pulang ke asrama. Hampir ke waktu asar kiranya. Dalam perjalanan pulang aku berazam untuk berjumpanya kembali minggu hadapan. Seperti ada tarikan pada makcik itu.

.......................................................................................................................

Berbekalkan beberapa bungkus biskut dan coklat, aku menuju ke kawasan makcik tersebut. Niat di hati ingin memberi sedikit buah tangan untuk dia. Setibanya di sana, pencarian ku hampa. Tiada dia di situ. Aku berjalan lagi ke hadapan, besar kemungkinan dia berpindah tempat. Tapi hampa. Hatiku kuat mengatakan, mungkin hari itu dia bercuti. Esok-esok mungkin ada lagi.

Begitu juga beberapa hari kemudian. Ketiadaannya menimbulkan tanda tanya sehinggalah saat aku menunggang skuter ke Reliance (kedai runcit) , aku ternampak kelibat maoshi itu di luar pagar besar kampus. Terukir senyuman nipis di bibir. Di situ rupanya.

.....................................................................................................................

'Mel, jom beli saree untuk maoshi kau tu. Dah nak balik Malaysia untuk raya. Sebulan pulak tu. Mesti dia tercari-cari kau' Aishah mengujarkan pendapat.

'Okey jomm! Petang ni kita pegi beli', jawabku.

Sudah terbayang bayang senyuman maoshi nanti. Dan petang itu juga kami menemui dia di luar pagar kampus. Seperti biasa, dia masih memakai baju kuning lusuh itu. Teringat pula kisah Khalifah Umar yang hanya mempunya dua helai baju ketika dia memimpin. Haihh. Bagaimana aku pula kini? Adakah tiap satu yang aku punya dimanfaatkan dengan sebaiknya?

Ketika aku menghulurkan saree tersebut, kelihatan dia terpinga pinga dan akhirnya senyuman lebar terukir di bibir.

Dia makcik berbaju kuning. Terima kasih untuk pelajaran itu. Semoga satu hari, makcik berjumpa Dia. Siapa tahu. :')