Friday 28 August 2015

Dia Maoshi Berbaju Kuning


"Chronic pneumoniae characterised by granulomatous infection either by bacteria like TB, fungi and coccidioidomycosis .....''

Dr. Ammanagi masih bersungguh menyampaikan kuliahnya tentang Pulmonary Infection. Sesekali aku mengerling jam tanganku. 3.55 minit petang. 5 minit masa berbaki dan ku lihat Aishah di sebelah masih tekun mendengar. Lambat pula masa berlalu. Pensil di jari juga sudah mulai digunakan untuk menconteng buku nota. Mata melilau ke sana ke sini,aku sekadar tersenyum di dalam hati melihat beberapa orang sudah mulai tersengguk sengguk, mengantuk barangkali. Begitulah selalunya situasi kuliah sebelah petang yg dijalankan dua jam tanpa henti. 

Mataku kembali tertumpu ke arah Dr. Ammanagi.

"Okey, you can see the histological pictures of coccidioidomycosis, there are intact and ruptures of spherules. With that, this will be the last slide of this lecture. Thank you and have a nice day. Any further questions my dear?" Pensyarah kesayangan Melissa, mulai mengakhirkan sesi petang itu. Cepat cepat aku memasukkan buku nota dan pensil ke dalam beg lantas berdiri.

Hmm. Masih ada sejam sebelum masuk waktu asar. Ku cuit Aishah di sebelah. "Jom pergi ATM, rasa rasanya elaun pun dah masuk ni. Nak check?" Dia mengangguk tanda setuju. Langkah diayun ke ATM SYNDICATE BANK yang letaknya hampir 500 meter dari kampus utama. Seperti biasa, kami melalui jalan pintas untuk ke sana. Berjalan sambil berceloteh tentang kehidupan dan menyaksikan gelagat warga tempatan di sini. Siapa sangka, aku kini sudah berada di bumi Taj Mahal walhal dulu mak tidak berapa berkenan aku menyambung pengajian di luar negara. Pengaturan Tuhan, siapa dapat menghalang. Emak juga mengubah fikirannya dan sudah redha dengan pemergianku.Dia yang paling banyak memberi sokongan kini.

Ku lihat resit yang dikeluarkan mesin ATM tadi. Elaun yang masuk untuk bulan ini tambah tolak, lebih kurang Rs x dan jika ditukar ke ringgit Malaysia lebih kurang RM x dan lebih. Kalkulator manual di otakku sudah mulai memainkan peranan. 1/4 digunakan untuk kegunaan bulanan dan selebihnya untuk disimpan untuk kegunaan masa hadapan. Boleh lah juga digunakan di Malaysia nanti. Tambahan juga, berkuatkuasanya GST April lalu ku kira meningkatkan lagi sara hidup di Malaysia. Aku tidak boleh membebankan ibu bapaku di Malaysia nanti. Perlulah berdikari dengan elaun yang ada. Ku keluarkan 5 ribu dari akaun bank dan menyimpannya terus ke dalam dompet.

Kami mula berjalan pulang melalui jalan yang lain. Jauh juga, tapi kami suka menikmati pemandangan kampus yang dipenuhi tumbuhan hijau merimbun. Diselangi juga pokok bunga kuning di sana sini. Pertama kali aku menghadikan diri di kampus ini satu yang terdetik di hati "kampus dalam taman ke cemane ni?"

Mataku tertuju ke arah satu sosok tubuh berbaju kuning lusuh duduk bersimpuh di kaki lima tidak jauh dari tempatku berdiri. Di hadapannya terdapat beberapa jenis buah buahan seperti pisang dan mangga. Beberapa warga tempatan yang lalu lalang ada yang tidak mempedulikan panggilannya. Sesekali ada beberapa orang yang menghulurkan duit lantas berlalu. Dari pengamatan, aku pasti dia menjaja buah buahan. Ku tarik Aishah meuju ke arah maoshi (makcik) tersebut. 

Baru beberapa langkah,  dia memanggil sayup-sayup dari kejauhan. Aku tersenyum dan menghampiri. "Didi, banana? mango?'' Dia bersuara "maoshi.. kitna (berapa ringgit?)'' sambil menunjuk ke arah pisang, cuba berbasa basi. Pisang dan duit sudah beralih arah. Seperti ada batu yang menahan aku untuk terus berada di situ sepertinya tertarik untuk terus berbual. Aku dan Aishah melabuhkan punggung di tepi beliau.

"Didi acca hey! (cantikk)" sambil memegang kurung cotton yang ku pakai. Dia menunjuk pula ke arah gadis Hindustan ber-Tshirt singkat dan berseluar ketat tidak jauh dari arah kami sambil menggelengkan kepala. Aku sekadar tersenyum mengimbau kenangan tika diriku belasan tahun. begitulah pakaianku. Jika tidak kerana Allah arRahman, mungkin juga kini aku masih terusan begitu. Pokoknya, yang harus dijaga itu bukan sekadar luarannya, tetapi juga hati. Perbualan kami berlanjutan dari satu cerita ke satu cerita. Walaupun aku kurang memahami apa yang cuba disampaikan, aku seronok melihat kesungguhan penceritaannya. Teringat emak di rumah.

Dia mungkin kelihatan tidak punya apa-apa, tapi aku yakin dia juga makhluk Dia. Kehadirannya dalam hidupku juga pasti terdapat signifikasi dalam hidupku. Ya, aku suka kesungguhannya bejaja walau di kaki lima. Semangat Maryam. Kerana Maryam yakin sama Allah, dia sanggup menggoyangkan pohon kurma ketika sakit hendak bersalin dan ketika itu dia sungguh lapar.Walau kita tahu, amat mustahil untuk menggoyangkan pohon kurma yg berdiri kokoh itu. Yakin dan usaha itu yang perlu ada. Boleh rujuk surah Maryam. Ya, hasil itu bukan kerja kita, usaha itulah yg diperlukan. Jadi refleksi diriku, bagaimana usaha2 ku ke atas pekerjaan-pekerjaan yang aku lakukan sehari hari? Usaha belajar? Usaha membaiki iman yang compang camping? Usaha mendalami agama?

Jam telah menunjukkan 4.45 petang, kami beransur untuk pulang ke asrama. Hampir ke waktu asar kiranya. Dalam perjalanan pulang aku berazam untuk berjumpanya kembali minggu hadapan. Seperti ada tarikan pada makcik itu.

.......................................................................................................................

Berbekalkan beberapa bungkus biskut dan coklat, aku menuju ke kawasan makcik tersebut. Niat di hati ingin memberi sedikit buah tangan untuk dia. Setibanya di sana, pencarian ku hampa. Tiada dia di situ. Aku berjalan lagi ke hadapan, besar kemungkinan dia berpindah tempat. Tapi hampa. Hatiku kuat mengatakan, mungkin hari itu dia bercuti. Esok-esok mungkin ada lagi.

Begitu juga beberapa hari kemudian. Ketiadaannya menimbulkan tanda tanya sehinggalah saat aku menunggang skuter ke Reliance (kedai runcit) , aku ternampak kelibat maoshi itu di luar pagar besar kampus. Terukir senyuman nipis di bibir. Di situ rupanya.

.....................................................................................................................

'Mel, jom beli saree untuk maoshi kau tu. Dah nak balik Malaysia untuk raya. Sebulan pulak tu. Mesti dia tercari-cari kau' Aishah mengujarkan pendapat.

'Okey jomm! Petang ni kita pegi beli', jawabku.

Sudah terbayang bayang senyuman maoshi nanti. Dan petang itu juga kami menemui dia di luar pagar kampus. Seperti biasa, dia masih memakai baju kuning lusuh itu. Teringat pula kisah Khalifah Umar yang hanya mempunya dua helai baju ketika dia memimpin. Haihh. Bagaimana aku pula kini? Adakah tiap satu yang aku punya dimanfaatkan dengan sebaiknya?

Ketika aku menghulurkan saree tersebut, kelihatan dia terpinga pinga dan akhirnya senyuman lebar terukir di bibir.

Dia makcik berbaju kuning. Terima kasih untuk pelajaran itu. Semoga satu hari, makcik berjumpa Dia. Siapa tahu. :')


Thursday 30 July 2015

Perjalanan Menuju Tuhan (Part 3)


Seperti kebiasaan, saat itu aq bersama Opie berjalan di koridor menuju bilik Melissa. Seorang senior melintas dan dengan segera Opie bersuara, 'Assalamualaikum kak, surau kat sini mana  yer?' sambil tersengih sengih. Akak itu tersenyum kembali sambil menuding jari ke arah penghujung tingkat empat. Sambil menoleh ke bilikku aq menghitung jarak perjalanan yg sangat jauh. Hmmm. Aq menunjukkan riak muka yg kurang berminat dan mengambil keputusan berdiam diri. Dalam hati sudah berbisik, ada juga rupanya surau dekat India ni. 

Malam itu, Opie mengajak kami berempat (Melissa, Aishah dan Afiqah) Al-Mulk bersama. Aq seperti biasa menurut sahaja rakan yg lain. Kalau duduk sendirian juga sekadar membuang masa. Lebih baik aq mengaji setelah menyedari kapan terakhir kali aq membaca Yasin pada malam Jumaat, iaitu 3 bulan yg lepas barangkali. Hatiku tidak berkutik apa2.

Tepat jam 11 malam, kami berkumpul di bilik Afiqah. Usai bacaan alMulk, Opie membuka cerita perjalanan hidupnya di PASUM. Dia mengalirkan air mata. Pendengaranku mendengar butiran ayat, Allah itu arRahman. Aq tidak mengambil pusing kerana bicaranya malam itu sungguh asing bagi halwa telingaku. Aq cuba menhadam sedikit demi sedikit. Hairan sekali, bagaimana seseorang mampu mengalirkan air mata ketika mengalir dari bibirnya satu kalimah itu. ALLAH. Ku lihat rakan rakanku yg lain yg begitu khusyuk mendengar. Aq sekaadar menundukkan kepala. Aneh sekali.

Keesokan harinya, tika itu aq sedang duduk bermenung di luar bilik melihat suasana asar menghampiri senja. Langit tika itu kelihatan kemerah merahan. Matahari juga seperti mahu mengundurkan diri. Cahaya matahari yg ditutupi awan juga menghasilkan rona warna yg cukup indah. Begitu juga burung2 yg beterbangan pulang secara berkumpulan. Aq tersenyum simpul. Indah sekali. 

Tiba2 bahuku ditepuk. Dengan kaget aq memalingkan muka ke arah pemilik tangan tersebut. Oh. Kak Apin, salah seorang senior yg menyambut kehadiran kami. Terhutang budi barangkali. Aq cuba memaniskan muka. Maklumlah, aq bukannya seorang yg suka bergaul dengan ramai orang. Tapi keikhlasannya menolong kami pada awal2 kehadiran memikat hati sekali. Begitu juga senior2 yg lain. Menemani kami membeli barang, menunjuk arah dan sebagainya. Kekok sekali tika aq berbicara dengannya.

Kami berbual bual tentang kehidupan baruku di sini. Perasaan, harapan dan sebagainya hingga tiba saat dia menyuarakan hasrat mengundurkan diri. Kata2 terakhirnya adalah, "Jom Mel kita ke surau, solat maghrib, lepas tu ada video2 sikit" 

Aq sekadar membisu. Tidak memberi kata putus. Dia pun berlalu pergi dan aq lantas masuk ke dalam bilik. Keputusanku nekad, solat sendiri di dalam bilik. Bukannya dosa pun. Malam melabuhkan tirai. Keesokannya juga berlalu seperti biasa. Hari ini Kak Apin datang kembali dengan senyumannya yg meleret. Waduhhh. Dalam hati sudah gelisah. Dia nak ajak aq ke surau lagi ke? Leceh lah. Tepat sangkaanku. Dan seperti biasa ajakannya aq anggap seperti angin lalu. Begitu juga hari2 seterusnya. Entah aq terlupa berapa kali, sampai akhirnya, dia sekadar datng untuk berbual2. Tiada lagi ajakan ke surau. Lega sekali.

Dua minggu berlalu. Saat itu, aq baru selesai menunaikan solat maghrib. Seperti ada perasaan yg tidak enak di dalam hati. Kurasakan kekosongan. Aq menghitung apa yg kurang. Mak ayah serta keluarga sihat di kampung. Panggilan juga boleh dilakukan apabila rindu. Kawan2 ku juga sentiasa di sisi. Menemani tika duka. Belajar juga tidak lah sukar mana, kerana masih dalam tajuk introduction. Jadi apakah yg kurang itu. Dengan sekelip mata, wajah Kak Apin muncul di benak fikiran bersama ajakannya yg sering aq ambil enteng. Berlaku pergelutan di dalam hati. Separuh mengatakan sampai bila aq mahu mensiakan ajakan yg mungkin dari Tuhan. Dan separuh lagi mengatakan buat apa menghabiskan masa di surau sedang dibilik kau boleh on9 dan menonton movie Korea. Perbalahan yg memenatkan.

Sebelum tidur, aq berjanji di dalam hati untuk cuba ke surau maghrib esok. Hari baru bermula Aqmuka loker dan berkira kira pakaian mana yg perlu aq sarung hari ini ke kelas. Setelah mandi, aq menyarung jeans krim, blouse kelabu lengan pendek dan tudung selimpang. Saat membetulkan tudung di hadapan cermin yg panjangnya sekaki, aq melihat cerminan diri. Diri di sebalik cermin seolah meronta meminta pakaian itu ditanggalkan. Dan buat pertama kalinya aq menoleh ke arah roomate dan bertanya, "awak.. seluar saye ketat eh?" Tanpa menanti jawapan aq terus membuka loker dan mencari2 pakaian lain. Hampir saja aq mengahmburkan air mata kerana mencari sesuatu yg pasti tidak aq jumpai.Memikirkan ada roomate di situ, aq sekadar menahan tebing mata dari pecah Lantas aq meminjam skirt labuh milik roomate. 

Malam itu, seperti yg dijanjikan kepada diriku sendiri, aq melangkah ke surau dengan langkah yg amat payah. Seolah olah terikat beban berkilo2 di kedua belah kaki. Jiwa juga seperti dicarik carik. Otak apatah lagi, melahirkan seribu alasan untuk tetap diam dan tidak pergi. Rasa malu, rasa ego semuanya bermain2 di benak. Tapi kerana janji itu, aq pergi jua dalam terpaksa. Perjalanan beberapa meter seolah olah menjadi puluhan batu.

Setibanya di surau, pastilah Kak Api dan Opie yg paling gembira sekali. Aq sekadar memberi senyuman tipis. Program setelah solat jemaah berjalan seperti biasa. Mereka duduk di dalam bulatan. Aq mencari posisi yg paling terasing sekali dengan harapan tiada sesiapa yg melihatku. Aq di sambut dengan meriah sekali sebelum majlis di buka. Suasana syahdu seketika. Aq memerhati satu satu dari tiap mereka yg datang. Rakan ku yg lain juga ada. Kelihatan wajah ceria mereka yg bercahaya. Aq tenggelam dalam duniaku sendiri.

Lamunanku terhenti apabila seseorang memulakan pengisian. Panjang lebar ceritanya, hingga tiba saat, dia bersuara;

"Harini ni saya ingin berkongsi sedikit tentang ayat tadabbur saya hari ini iaitu Durah adDhuha ayat 3. Boleh lah kalian buka surah ke 93 ayat ke 3 muka surat 596."

Saat mereka berlumba lumba membuka alQuran. Aq terpuruk dalam keasingan. Semuanya kedengaran asing. Surah duha? Tadabbur? Tambahan lagi aq mencari cari alQuran di riba. Tiada. Tiada. Mana alQurannku? Oh aq terlupa. Terakhir kali aq membukanya adalah beberapa bulan yg lalu. Itu pun sekadar membacaYasin pada malam Jumaat. Setelah itu, aq tidak ingat lagi bila aq betul membaca untuk memahami. AlMulk juga dilakukan kerana kebiasaan.

Aq seperti di dalam bubble sendiri. Mendengar bait2 yang begitu asing dari penyampai.

"DAN TUHANMU TIDAK MENINGGALKANMU (MUHAMMAD) DAN TIDAK PULA MEMBENCIMU"

Ohh Tuhan, aq tidak pernah mendengar ini. Kau tidak meninggalkanku? Kau tidak membenciku Tuhan? Tapi telah 19 tahun ya Tuhan aq hidup dengan ketiadaanmu di hatiku. Masihkah engkau bersamaku ?

Kedengaran lagi ;

"Sejauh mana kita pergi. Sejauh mana kita lupa kan Allah, Allah janji dalam ayat ni tidak pernah sekali Dia meninggalkan kita. Ponderlah di dalam hati, sejauh mana kita yg pergi meninggalkan Dia"

Empangan tubir mata tidak mampu lagi dibendung. Aq merembeskan air mata tanpa mempedulikan orang sekeliling. Aq sedar perasaan kosong apa yg Allah hadirkan semalam. Aq kosong kerana tiada Tuhan di hati. Aq kosong kerana tiada alQuran yg mengisi hati. Bukan sekadar membaca kerana kita sememangnya tidak mengerti bahasa Arab. Terjemahannya buat pertama kali setelah 19 tahun hidup aq mendengarnya. Manakan tidak asing.

Dan setelah saat itu. Tanpa rasa malu aq katakan, barulah aq megenali Tuhan. Dan kehadiran dan perjalanan berliku ke India itu adalah....

PERJALANAN MENUJU TUHAN.


Dan hingga kini aq masih bertatih. Dan semoga kita sama2 masih diberi hidayah dan bimbingan dari Dia. Kerana kita manusia yang sering alpa. Kenangan ini sering kujadikan motivasi tika diri dilanda putus asa. Teringat Aishah pernah berkongsi ayat;

IF YOU FEEL LIKE GIVING UP ON THIS PATH.. REMIND YOURSELF OF THE FIRST MOMENT HE TOUCHED YOUR HEART.

Ku tinggalkan bingkisan ini beserta ayat :

'... Tuhan kami ialah (Tuhan) yg telah memberikan bentuk kejadian kepada segala sesuatu kemudian memberinya petunjuk" [20:50]





THE END

Tuesday 28 July 2015

Perjalanan Menuju Tuhan (Part 2)



Pulang dari menguruskan pasport barulah aq teringat untuk memberi jawapan kepada pihak USMKLE (nampak no x teruja). Encik Hafiz, pengurus pendaftaran USMKLE menyuruh aq membuka email, kerana segala maklumat telah dihantar. Lambat2 aq membukanya. Dengan terteranya tarikh pendaftaran masuk di Kubang Kerian serta orientasi membuatkan aq jatuh terduduk dan membuntangkan biji mata. Seminggu lagi dan tarikh penerbangan juga kemungkinan dua tiga hari selepas tamat orientasi. Dan dalam hati sudah menyumpah2.. 'THIS IS SOOOOO RIDICULOUS!!!!!'

Macam mana dalam masa seminggu aq kene uruskan visa, perjanjian MARA, belum jumpa lagi kawan2 sebelum pergi, makcik2, pakcik2, kekasih hati (ehhh) dan macam2 lagi lah urusan yg bermain dalam fikiran. Lantaran itu, malam itu juga aq duduk berbincang dengan ayah tentang kerisauanku, tambahan lagi surat dari pejabat mara juga tidak kunjung tiba. Buat pertama kalinya aq menanti nanti batang hidung pak posmen. Yelah, surat itu amat diperlukan untuk mengangkat sumpah perjanjian dengan MARA (seram gittu bunyinyee).

Sesiapa yg mengenali ayah pasti tahu akan sifat tenang dan bersahaja beliau. Dengan tenang ayah menasihati agar aq bersabar. Janjinya akan bersama2 menguruskan semua hal. :') Dan sejak tibanya surat dari pihak MARA, kehidupan aq dan kedua ibu bapa bukan lagi di rumah. Kalau tidak di KL menguruskan visa, di mahkamah untuk angkat sumpah, kalau tak di mahkamah, di hospital untuk check up. Duit dan tenaga juga mengalir seperti air. Johor dan Kuala Lumpur bukanlah sekadar 2 atau 3 kilometer. Perjalanan saja memakan masa hampir 4 jam.

Aq teringat, ketika perjalanan pulang dari KL ke Johor. Ketika itu, emak tidak mengikuti kami menguruskan persekolahan adik (adik beradik ramai kan). Ku lihat ayah, matanya lesu sekali, memandu juga sekejap2 mengubah posisi. Penat barangkali. Lantas aku menundukkan kepala sambil berkata, 'terima kasih ayah penat2 naik turun KL tolong itu ini'. Ayah memaling kepala memandangku, 'laaaa, ini kan tanggungjawab ayah, selagi ayah hidup, ayah akan bantu anak2 ayah. Nanti ayah dah takde sape yg nak tolong?' Huhu. Aq sekadar memberi senyuman yg paling manis buat ayah. Yeah we can do this ayah!

Dan akhirnya, berjaya juga kami menyempurnakan segala urusan dalam masa seminggu, kecuali VISA yang bukan dalam kawalan kami. Kohkohkoh. Selepas seminggu juga, aq pergi ke USM Kubang Kerian untuk pendaftaran. Dan Alhamdulillah. flight aku dan 4 rakan lain ditunda untuk seketika kerana VISA yg belum siap.


..................................................................................................................................


18/9 tarikh keramat. Itulah tarikh yg ditetapkan untuk penerbangan kami berlima ke negara TajMahal setelah dua kali penerbangan ditunda. Seminggu sebelum, pelbagai perasaan dan fikiran berlegar legar di minda. Memikirkan betapa singkatnya waktu persiapanku untuk ke India. Betapa suntuknya juga waktu yang tinggal untuk aq bermanja dengan keluarga. Bagaimana kehidupan dengan rakan2 baru. Tiada yg dikenali langsung. Yelah, kalau lah keputusan MARA datang lebih awal, pasti aku berkesempatan mencari kawan2 sebelum pergi, di Facebook. Hari2 merembeskan air mata.

Untuk pertama kali setelah 19 tahun hidup, aq bangan malam untuk Tahajud. Indahnya rasa itu. Aq malu sama Tuhan. Hampir 20 tahun perjalan hidup ditaburi wangian serta bunga, setelah kejayaan demi kejayaan, kebahagiaan demi kebahagiaan tanpa disulami rasa syukur, saat sesak menghimpit dada, barulah aq memilih untuk sujud pada yg Esa. Heningnya terasa indah, nyamannya menenangkan jiwa. Kataku dalam hati, aq pasti mencari sesuatu di India nanti. Entah aku tak pasti.

.....................................................................................................................................


Setibanya di  perkarangan asrama USMKLE yg bersebelahan dengan campus JNMC, terdapat beberapa gadis bertudung labuh kelihatan seperti senior di sana menyambut kami. OMG kataku di dalam hati. Sambil melihat diriku sendiri yg berseluar ketat, berbaju singkat dan tudung berselimpang. 'HOW CAN I LIVE IN THIS PLACEEEEEE!!!!!! Ini India ke Mesir???? Dahla x de satu pun baju aq yg mengikut syarat, semua macam baju adik aq je' bisikku dalam hati. Terkesima dan aq sekadar memandang mereka tanpa mahu menghulurkan tangan terlebih dahulu. Sekadar memerhati rakan yg bersamaku bersalaman dengan kakak2 senior tersebut. Persetan itu semua, hidup aku, hidup aku.

Selang beberapa hari di situ, aku rasakan kekosongan, aku dikira 3rd intake, yang lain sudah mulai berkawan sebelum ketibaan ku. Jadi golongan kawanku ketika itu sekadar Melissa dan Opie, yg datang bersama serta Aishah dan Afiqah yg dtang setelah kami. Mungkin aq yg malas mencari. Hihi.

Aq ingat lagi tika itu di dlam lif menuju ke DM. Biasalah aku dengan tudung selimpang serta baju lengan pendek dan tiada stokin. Tika itu kami bertiga di dalam lif. Seseorang mengajukan soalan cepumas kepadaku sambil menuding ke kaki. "Kau tahu tak ini aurat?" Darah sudah mendidih dan buku lima sudah dikemaskan. Tika pintu lif terbuka, aku separa menjerit. "AKU TAHULAHHH!!!" dan berlalu pergi. Haih. Menyumpah di dalam hati, tapi dalam masa yg sama berterima kasih. Mungkinkah ini teguran dari Tuhan? Dia juga mungkin tidak sengaja. Jika aku membuat kesilapan membuka aurat, dia juga manusia sepertiku dan tidak lari dari melakukan kesilapan. Aku diam. Malam itu, sebelum tidur, buat pertama kali juga aq bermuhasabah tentang jalan hidupku. Pernahkah terisi dengan Tuhan. Ya Allah ampunkan aku.

...............................................................................................................................


TO BE CONTINUED

Sunday 26 July 2015

Perjalanan Menuju Tuhan


Tika itu aku sudah membulatkan tekad  meneruskan perjuangan ke UiTM setelah menanti begitu lama jawapan pinjaman MARA untuk menyambung ke USM KLE IMP di India. Rakan2 lain sudah begitu lama mendapat jawapan YA. Jadi aku rasakan kemungkinan untuk aku mendapat bantuan begitu tipis. Apatah lagi pihak USM telah menghantar emel, menyatakan aku dikira telah menolak tawaran tersebut setelah gagal menghantar penyata kewangan. Hasrat yang terkubur bersama keinginan yg telah layu. Usaha2 giat ayah untuk mencari dana dan pinjaman ke sana sini juga telah dihentikan. Begitulah, manakan mampu menanggung kos pengajian yg mencecah setengah juta. Mengharap gaji ayah, bagaimana pula adik beradik yang lain.

Aku tahu harapan menggunung ayah dan emak ingin melihat anaknya menyambung pengajian dalam bidang perubatan. Tika itu juga aku menyangka dengan menyambung bidang yg sukar ini mampu membanggakan emak dan ayah. Kohkohkoh.

Begitulah. Hari demi hari berlalu. Tinggal beberapa minggu untuk pendaftaran ke UiTM dan bayaran yuran juga telah dilaksanakan. Dan tika itu, aku sedang sibuk melayan movie Korea, aku mendapat panggilan . Mulanya, aq tidak sempat menjawab. Lantas aq mendail nombor tersebut kembali. Katanya dari USM dan pihak di sana bertanyakan tentang berminatkah lagi untuk meneruskan pengajian di India setelah MARA meluluskan permohonanku. Aku terdiam, dan dalam satu nafas aku menjawab 'nanti saya fikir balik'. Lantas aku meletakkan gagang telefon.

Pelbagai benda berlegar legar di minda. Tapi aku telah membulatkan tekad untuk tidak pergi. Ahhh. Hasrat yg telah layu manakan mekar kembali. Kedengaran motor ayah dari kejauhan. Aku mendekati ayah yang sudah duduk beristirahat. Aku menceritakan kembali peristiwa tadi. Ayah terus mengajak ku ke bandar menguruskan pasport dan pembelian bagasi. Aduh ayah, begitu pantas sekali membuat keputusan. Dalam hati memberontak kerana tidak sempat memberi kata dua. Ahhh untuk sekali ini Melinda, tak mampukah kau membantah?? Dalam hati berlegar2 ayat tersebut. Kohkohkoh.

Akhirnya aku menurut jua.

TO BE CONTINUED


Thursday 18 June 2015

Get Connected With Allah dan Bebas


Sedikit hadiah buat dia yang ingin bebas dan sentiasa mempunyai hubungan dengan langit.
Stay connected.



Ini dia. Aku tahu kita mungkin mempunyai pelbagai hubungan-hubungan rapuh di dunia. Nama juga tanah. Dan sifat tanah itu rapuh. Salah satunya. Jadi moga impian kita di bulan Ramdhan ini adalah mampu membina RELATIONSHIP THAT IS UNSHAKEABLE WITH ALLAH.


Bagaimana? Haruslah menjaga alQuranmu. Wahyu Allah yg diturunkan untuk umat manusia. Sebagai arahan dan juga kasih sayang.

"Allah yang maha pengasih, Yang telah mengajarkan alQuran"
[55:1-2]


Selamat menyambut Ramadan Kareem.

Sedikit sharing untuk satu ayat:

"Apa saja di antara rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, maka tidak ada yang dapat menahannya; dan apa sahaja yang ditahanNya maka tidak ada yg sanggup untuk melepaskannya setelah itu. Dan Dialah yg Maha perkasa, Maha Bijaksana"
[35:2]

Tidak perlu takut kepada manusia, takut kehilangan, takut hilang harap pada manusia (basically ini adalah ketakutan seorang Maryam), sebab bila Allah dah buka pintu rahmat, letak lah dalam situasi macam mana pun, kita mampu tersenyum. Buang mindset, rahmat itu hanya sekadar nikmat2. Boleh jadi segala nikmat yg kita punya yg disangka rahmat, tapi dari sisi Allah bukan.

Thus stay connected with Allah. Dambakan rahmatNya sepanjang masa. Dan akan kau dapati segalanya menjadi lapang. Selamat terbang tinggi. Moga hatimu yg terbang tinggi. Tiba masa jasad yg masih di bumi akan menyusul.

Saturday 13 June 2015

In Paradise We Will Never Cry






Bangun2 tidur dapat notifikasi whatsaap. Someone sent me this. Dan paling menyedihkan. Ini yang membuat aku lebih lagi menangis. So there you go Maryam. There will be an eternal place and forever will be, you wont get hurt. And you wont cry. But bare enough with those simple things you have to sacrifice in return.

Begitu juga untuk jiwa2 yg digoncang dengan ujian2 yg merentap jiwa. Tidak kira apa pun bentuk ujian. Melepaskan? Sabar? Susah nak tinggalkan Running man? Hmmm dan apa2 sahaja yg menyebabkan kita sakit, tapi dilakukan semata mata ingin mencari Redha Allah, teruskan lah. Ada yg menanti nanti kepulangan kita. Biarlah tergores di dunia, jangan terbakar di neraka.


" Dan jangan sekali kali kamu mengira bahawa org2 yg gugur di jalan Allah itu mati, sebenarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki, mereka bergembira dengan karunia yg diberikan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yg belum menyusul mereka, bahwa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati"
[3:169-170]


See. Jika kita yakin Allah alHaq. Pastinya kita juga perlu yakin dengan Haq Allah juga iaitu alQuran (salah satunya). Gagahkan dirimu Hai Maryam. Perjelaskan sesuatu yg ghaib itu kerana itu ciri orang yg bertakwa. Seperti surah Baqarah : 2&3.


Jika tidak cukup gentar lagi. Bandingkan dirimu hai Maryam dengan bench mark penghuni syurga iaitu 10 sahabat yg dijanji syurga. Apakah amalmu sudah mampu meletakkanmu selevel dengan mereka? Bagaimana ini, menginginkan syurga. Digoncang sedikit. Pecah hatinya. 


Satu solusi. Apa khabar tilawah dan tadabburmu hari ini? ;')
"... Mahasuci Tuhan kami; sungguh janji Tuhan kami pasti dipenuhi. Dan mereka menyungkurkan wajah sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk" [17:108-109]
See.. dengan mengingati janji Allah yg pasti (mati) kita mampu menyungkur sujud kepada Tuhan. Tidakkah mati itu menjadi motivasi?


Menangislah sepuasnya di dunia. Kerana mana tahu di syurga kita merindu air mata. Kan?



Untuk jiwa2 yg mendapat luka saat perjalanan menuju Tuhan. Ingatlah "Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang2 yg beriman, iaitu org2 yg menaati perintah Allah dan Rasul setelah mereka mendapat luka" [3:11-12]


Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, dan al Hakim, yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas. Diriwayatkan pula oleh at-Tirmidzi yang bersumber dari Jabir. Bahwa Rasulullah saw. bersabda: “Allah menjadikan arwah saudara-saudaramu yang gugur di perang Uhud sebagai burung-burung hijau yang mengunjungi sungai di syurga dan memakan buah-buahannya, sampai menghampiri lampu emas di bawah naungan Arsy. Ketika mereka mendapatkan makanan yang enak, minuman yang lezat, dan tempat tidur yang empuk, mereka berkata: “Alangkah baiknya jika teman-teman kita mengetahui apa yang Allah jadikan untuk kita, sehingga mereka tidak segan berjihad dan tidak mundur dari peperangan.” Allah berfirman kepada mereka: “Aku akan sampaikan hal kalian kepada mereka.” Maka turunlah ayat tersebut di atas (Ali ‘Imraan: 169) yang menceritakan keadaan para syuhada.

Saturday 2 May 2015

We Are Leaving Soon

Tengok kiri kanan. Tengok dalam locker, banyak baju bersangkut. Tengok katil ade teddybear dan bantal bergolek golek. Tengok meja study, berlambak buku anatomy, physiology, medicine n bla bla bla untuk dibaca. Tengok kawan2, ramai sangat yang setiap hari rindu nak berbual bual.


After all, we will be leaving soon. We are leaving and yet we still living the life like we wont leave.


And dear all, we are leaving soon. 

Dear self;
Detached faster please.

Saturday 7 March 2015

Keberadaan



Barangkali jika tidak semua, ada sesetengah mengenali model genit famous hari ini iaitu Cik Hanis Zalikha. Baru2 ini gempar satu Malaysia, beliau berhijrah untuk memakai tudung. Dan In Shaa Allah moga satu hari nanti Allah bukakan lagi pintu hatinya umtuk masuk ke dalam Islam secara menyeluruh lagi. Amiin.


Persoalannya di sini, bukanlah ingin membicarakan tentang beliau. Tetapi aq tertarik dengan status instagrammnya beberapa hari lepas.


"Presence. You want to be around, because you love the person that much. Saya simpulkan; cinta adalah keinginan keberadaan. Tak buat apa2 tak apa, hanya menghirup udara yg sama"
-HanisZalikha-


Pertama kali membaca status itu. Wahhhh. Ada juga rupanya org yg mendefinisikan cinta seperti yg aq rasa. Jadinya, mungkin definisi ini boleh jadi valid, mungkin juga tidak.


Kita go through satu satu.


Presence. You want to be around...
Okey. Kalau di sini dia menggunakanperkataan WANT. Tidak semestinya org yg saling mencintai perlu ada di depan mata. Jadi jika begitu, ibubapa dan anak mereka yg terpisah benua itu tidak saling mencintai? Jadi seorg isteri g merindui suami yg telah tiada dan mustahil sekali berjumpa, bukan cinta? Aq suka dengan perkataan WANT di situ bukan MUST. Jadinya dua org yg saling mencintai senantiasa mempunyai keinginan untuk bersama-sama. Tapi tidak semestinya berjumpa. Kan. Uniknya cinta.


Because you love them that MUCH.
Ya aku yakin, hanya dengan MUCH akan datangnya rasa keinginan kebersamaan. Kan? Sepertinya pasangan suami istri yg sering bertelingkah, tapi kerana rasa cinta yg mendalam, bermasam muka juga masih mampu, tertanya2 adakah dia sihat? sudah makan atau belum?


Jadi aku tertanya tanya. Adakah wujud cinta yg sejati? Jawapannya adalah Ya. Dan aku temukan nya dengan Dia.


"Dialah yg menciptakan langit dan bumi dalam enam masa: kemudian Dia bersemayam di atas Arasy. Dia mengetahui apa g masuk ke dalam bumi dan apa yg keluar dari dalammnya, apa yg turun dari langit dan apa yg naik ke sana. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yg kamu kerjakan"
[57:4]



Keberadaan Tuhan bersama kita sepanjang masa. Bukankah itu cinta. Keberadaan Tuhan sepanjang masa untuk melihat apa yg dicinta adakah mereka mencintaiNya juga. That's why wujud, cinta; keinginan keberadaan.



Jadi adakah aq benar2 merasakan keberadaan Dia?
Senyum.

Friday 6 March 2015

Kerana Segalanya Dari Dia Terdapat Cinta


"If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah.."



Dengan cintanya yg terluka tak terasa pedih. Dengan cintaNya, yg menangis tak kedengaran meraung. Dengan cintaNya, yg payah menjadi mudah. Dengan cintanNya, yg kecil kelihatan besar. Dengan cintaNya benci berubah sayang.



Alangkah indah jika hati seteguh itu. Iman segah itu. Tapi kita manusia, iman kadangkala menaik kadangkala menurun. Kan?



Tapi satu yg aq amati tentang diriku sendiri. Ada sesuatu nilai negatif yg Allah hilangkan dalam diri. Yang dahulunya cukup signifikan dalam diri. CEPAT MELATAH. Cepat marah dengan setiap satu Allah hadirkan dalam hidup. Cepat penat dan tak larat menghadapi amarah2 dalam diri. Cepat menangis bila sekadar dikuis kuis hati.



Tapi dengan AlWadood Allah segalanya kelihatan okey. Walau terkadang hati tercalar luka, masih ada cinta Allah yg x pernah pudar. Cinta Allah yg tak pernah beralih arah, meski kita yg menjauh pergi. Dengan itu, terbina hati yg kuat menangis tapi masih mampu berjalan dan berlari. Atas nama cinta. Bukan lagi kepada manusia, tapi Dia.




"Jangan sesekali engau Muhammad tujukan pandanganmu kepada kenikmatan hidup g telah Kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka......" [15:88]




Belajar melihat cinta Allah bukan dunia. Kerana segalaNya Dari Dia terdapat cinta.