Thursday 30 July 2015

Perjalanan Menuju Tuhan (Part 3)


Seperti kebiasaan, saat itu aq bersama Opie berjalan di koridor menuju bilik Melissa. Seorang senior melintas dan dengan segera Opie bersuara, 'Assalamualaikum kak, surau kat sini mana  yer?' sambil tersengih sengih. Akak itu tersenyum kembali sambil menuding jari ke arah penghujung tingkat empat. Sambil menoleh ke bilikku aq menghitung jarak perjalanan yg sangat jauh. Hmmm. Aq menunjukkan riak muka yg kurang berminat dan mengambil keputusan berdiam diri. Dalam hati sudah berbisik, ada juga rupanya surau dekat India ni. 

Malam itu, Opie mengajak kami berempat (Melissa, Aishah dan Afiqah) Al-Mulk bersama. Aq seperti biasa menurut sahaja rakan yg lain. Kalau duduk sendirian juga sekadar membuang masa. Lebih baik aq mengaji setelah menyedari kapan terakhir kali aq membaca Yasin pada malam Jumaat, iaitu 3 bulan yg lepas barangkali. Hatiku tidak berkutik apa2.

Tepat jam 11 malam, kami berkumpul di bilik Afiqah. Usai bacaan alMulk, Opie membuka cerita perjalanan hidupnya di PASUM. Dia mengalirkan air mata. Pendengaranku mendengar butiran ayat, Allah itu arRahman. Aq tidak mengambil pusing kerana bicaranya malam itu sungguh asing bagi halwa telingaku. Aq cuba menhadam sedikit demi sedikit. Hairan sekali, bagaimana seseorang mampu mengalirkan air mata ketika mengalir dari bibirnya satu kalimah itu. ALLAH. Ku lihat rakan rakanku yg lain yg begitu khusyuk mendengar. Aq sekaadar menundukkan kepala. Aneh sekali.

Keesokan harinya, tika itu aq sedang duduk bermenung di luar bilik melihat suasana asar menghampiri senja. Langit tika itu kelihatan kemerah merahan. Matahari juga seperti mahu mengundurkan diri. Cahaya matahari yg ditutupi awan juga menghasilkan rona warna yg cukup indah. Begitu juga burung2 yg beterbangan pulang secara berkumpulan. Aq tersenyum simpul. Indah sekali. 

Tiba2 bahuku ditepuk. Dengan kaget aq memalingkan muka ke arah pemilik tangan tersebut. Oh. Kak Apin, salah seorang senior yg menyambut kehadiran kami. Terhutang budi barangkali. Aq cuba memaniskan muka. Maklumlah, aq bukannya seorang yg suka bergaul dengan ramai orang. Tapi keikhlasannya menolong kami pada awal2 kehadiran memikat hati sekali. Begitu juga senior2 yg lain. Menemani kami membeli barang, menunjuk arah dan sebagainya. Kekok sekali tika aq berbicara dengannya.

Kami berbual bual tentang kehidupan baruku di sini. Perasaan, harapan dan sebagainya hingga tiba saat dia menyuarakan hasrat mengundurkan diri. Kata2 terakhirnya adalah, "Jom Mel kita ke surau, solat maghrib, lepas tu ada video2 sikit" 

Aq sekadar membisu. Tidak memberi kata putus. Dia pun berlalu pergi dan aq lantas masuk ke dalam bilik. Keputusanku nekad, solat sendiri di dalam bilik. Bukannya dosa pun. Malam melabuhkan tirai. Keesokannya juga berlalu seperti biasa. Hari ini Kak Apin datang kembali dengan senyumannya yg meleret. Waduhhh. Dalam hati sudah gelisah. Dia nak ajak aq ke surau lagi ke? Leceh lah. Tepat sangkaanku. Dan seperti biasa ajakannya aq anggap seperti angin lalu. Begitu juga hari2 seterusnya. Entah aq terlupa berapa kali, sampai akhirnya, dia sekadar datng untuk berbual2. Tiada lagi ajakan ke surau. Lega sekali.

Dua minggu berlalu. Saat itu, aq baru selesai menunaikan solat maghrib. Seperti ada perasaan yg tidak enak di dalam hati. Kurasakan kekosongan. Aq menghitung apa yg kurang. Mak ayah serta keluarga sihat di kampung. Panggilan juga boleh dilakukan apabila rindu. Kawan2 ku juga sentiasa di sisi. Menemani tika duka. Belajar juga tidak lah sukar mana, kerana masih dalam tajuk introduction. Jadi apakah yg kurang itu. Dengan sekelip mata, wajah Kak Apin muncul di benak fikiran bersama ajakannya yg sering aq ambil enteng. Berlaku pergelutan di dalam hati. Separuh mengatakan sampai bila aq mahu mensiakan ajakan yg mungkin dari Tuhan. Dan separuh lagi mengatakan buat apa menghabiskan masa di surau sedang dibilik kau boleh on9 dan menonton movie Korea. Perbalahan yg memenatkan.

Sebelum tidur, aq berjanji di dalam hati untuk cuba ke surau maghrib esok. Hari baru bermula Aqmuka loker dan berkira kira pakaian mana yg perlu aq sarung hari ini ke kelas. Setelah mandi, aq menyarung jeans krim, blouse kelabu lengan pendek dan tudung selimpang. Saat membetulkan tudung di hadapan cermin yg panjangnya sekaki, aq melihat cerminan diri. Diri di sebalik cermin seolah meronta meminta pakaian itu ditanggalkan. Dan buat pertama kalinya aq menoleh ke arah roomate dan bertanya, "awak.. seluar saye ketat eh?" Tanpa menanti jawapan aq terus membuka loker dan mencari2 pakaian lain. Hampir saja aq mengahmburkan air mata kerana mencari sesuatu yg pasti tidak aq jumpai.Memikirkan ada roomate di situ, aq sekadar menahan tebing mata dari pecah Lantas aq meminjam skirt labuh milik roomate. 

Malam itu, seperti yg dijanjikan kepada diriku sendiri, aq melangkah ke surau dengan langkah yg amat payah. Seolah olah terikat beban berkilo2 di kedua belah kaki. Jiwa juga seperti dicarik carik. Otak apatah lagi, melahirkan seribu alasan untuk tetap diam dan tidak pergi. Rasa malu, rasa ego semuanya bermain2 di benak. Tapi kerana janji itu, aq pergi jua dalam terpaksa. Perjalanan beberapa meter seolah olah menjadi puluhan batu.

Setibanya di surau, pastilah Kak Api dan Opie yg paling gembira sekali. Aq sekadar memberi senyuman tipis. Program setelah solat jemaah berjalan seperti biasa. Mereka duduk di dalam bulatan. Aq mencari posisi yg paling terasing sekali dengan harapan tiada sesiapa yg melihatku. Aq di sambut dengan meriah sekali sebelum majlis di buka. Suasana syahdu seketika. Aq memerhati satu satu dari tiap mereka yg datang. Rakan ku yg lain juga ada. Kelihatan wajah ceria mereka yg bercahaya. Aq tenggelam dalam duniaku sendiri.

Lamunanku terhenti apabila seseorang memulakan pengisian. Panjang lebar ceritanya, hingga tiba saat, dia bersuara;

"Harini ni saya ingin berkongsi sedikit tentang ayat tadabbur saya hari ini iaitu Durah adDhuha ayat 3. Boleh lah kalian buka surah ke 93 ayat ke 3 muka surat 596."

Saat mereka berlumba lumba membuka alQuran. Aq terpuruk dalam keasingan. Semuanya kedengaran asing. Surah duha? Tadabbur? Tambahan lagi aq mencari cari alQuran di riba. Tiada. Tiada. Mana alQurannku? Oh aq terlupa. Terakhir kali aq membukanya adalah beberapa bulan yg lalu. Itu pun sekadar membacaYasin pada malam Jumaat. Setelah itu, aq tidak ingat lagi bila aq betul membaca untuk memahami. AlMulk juga dilakukan kerana kebiasaan.

Aq seperti di dalam bubble sendiri. Mendengar bait2 yang begitu asing dari penyampai.

"DAN TUHANMU TIDAK MENINGGALKANMU (MUHAMMAD) DAN TIDAK PULA MEMBENCIMU"

Ohh Tuhan, aq tidak pernah mendengar ini. Kau tidak meninggalkanku? Kau tidak membenciku Tuhan? Tapi telah 19 tahun ya Tuhan aq hidup dengan ketiadaanmu di hatiku. Masihkah engkau bersamaku ?

Kedengaran lagi ;

"Sejauh mana kita pergi. Sejauh mana kita lupa kan Allah, Allah janji dalam ayat ni tidak pernah sekali Dia meninggalkan kita. Ponderlah di dalam hati, sejauh mana kita yg pergi meninggalkan Dia"

Empangan tubir mata tidak mampu lagi dibendung. Aq merembeskan air mata tanpa mempedulikan orang sekeliling. Aq sedar perasaan kosong apa yg Allah hadirkan semalam. Aq kosong kerana tiada Tuhan di hati. Aq kosong kerana tiada alQuran yg mengisi hati. Bukan sekadar membaca kerana kita sememangnya tidak mengerti bahasa Arab. Terjemahannya buat pertama kali setelah 19 tahun hidup aq mendengarnya. Manakan tidak asing.

Dan setelah saat itu. Tanpa rasa malu aq katakan, barulah aq megenali Tuhan. Dan kehadiran dan perjalanan berliku ke India itu adalah....

PERJALANAN MENUJU TUHAN.


Dan hingga kini aq masih bertatih. Dan semoga kita sama2 masih diberi hidayah dan bimbingan dari Dia. Kerana kita manusia yang sering alpa. Kenangan ini sering kujadikan motivasi tika diri dilanda putus asa. Teringat Aishah pernah berkongsi ayat;

IF YOU FEEL LIKE GIVING UP ON THIS PATH.. REMIND YOURSELF OF THE FIRST MOMENT HE TOUCHED YOUR HEART.

Ku tinggalkan bingkisan ini beserta ayat :

'... Tuhan kami ialah (Tuhan) yg telah memberikan bentuk kejadian kepada segala sesuatu kemudian memberinya petunjuk" [20:50]





THE END

1 comment:

  1. Moga terus tsabat dijalanNya. Ganbatte!

    ReplyDelete