Sunday 26 July 2015

Perjalanan Menuju Tuhan


Tika itu aku sudah membulatkan tekad  meneruskan perjuangan ke UiTM setelah menanti begitu lama jawapan pinjaman MARA untuk menyambung ke USM KLE IMP di India. Rakan2 lain sudah begitu lama mendapat jawapan YA. Jadi aku rasakan kemungkinan untuk aku mendapat bantuan begitu tipis. Apatah lagi pihak USM telah menghantar emel, menyatakan aku dikira telah menolak tawaran tersebut setelah gagal menghantar penyata kewangan. Hasrat yang terkubur bersama keinginan yg telah layu. Usaha2 giat ayah untuk mencari dana dan pinjaman ke sana sini juga telah dihentikan. Begitulah, manakan mampu menanggung kos pengajian yg mencecah setengah juta. Mengharap gaji ayah, bagaimana pula adik beradik yang lain.

Aku tahu harapan menggunung ayah dan emak ingin melihat anaknya menyambung pengajian dalam bidang perubatan. Tika itu juga aku menyangka dengan menyambung bidang yg sukar ini mampu membanggakan emak dan ayah. Kohkohkoh.

Begitulah. Hari demi hari berlalu. Tinggal beberapa minggu untuk pendaftaran ke UiTM dan bayaran yuran juga telah dilaksanakan. Dan tika itu, aku sedang sibuk melayan movie Korea, aku mendapat panggilan . Mulanya, aq tidak sempat menjawab. Lantas aq mendail nombor tersebut kembali. Katanya dari USM dan pihak di sana bertanyakan tentang berminatkah lagi untuk meneruskan pengajian di India setelah MARA meluluskan permohonanku. Aku terdiam, dan dalam satu nafas aku menjawab 'nanti saya fikir balik'. Lantas aku meletakkan gagang telefon.

Pelbagai benda berlegar legar di minda. Tapi aku telah membulatkan tekad untuk tidak pergi. Ahhh. Hasrat yg telah layu manakan mekar kembali. Kedengaran motor ayah dari kejauhan. Aku mendekati ayah yang sudah duduk beristirahat. Aku menceritakan kembali peristiwa tadi. Ayah terus mengajak ku ke bandar menguruskan pasport dan pembelian bagasi. Aduh ayah, begitu pantas sekali membuat keputusan. Dalam hati memberontak kerana tidak sempat memberi kata dua. Ahhh untuk sekali ini Melinda, tak mampukah kau membantah?? Dalam hati berlegar2 ayat tersebut. Kohkohkoh.

Akhirnya aku menurut jua.

TO BE CONTINUED


No comments:

Post a Comment